Saturday 5 January 2013

DAULAT KITA MILIK MEREKA!!!

Kenangan datang lagi hmmm..tersongeh sorang bila teringat zaman kanak-kanak, celik mata kawan-kawan dah tunggu depan rumah, walau tak seindah suasana kampung, tapi bagi kami dimana kami berada disitulah keindahannya. Teringat ungkapan yang kerap diulangi oleh seorang teman "hak bermain hak kami!!!" hanya yang bijaksana yang mampu melihat bahawa ungkapan ini terlalu hebat, terpulanglah jika nak didebat.

Tapak permainan kami luar dari kebiasaan, tiba musin gelunsur, kotak buangan di deretan kedai hampir seluruh bandar jadi sasaran. Berpeluh kesana sini, penat tak pernah dirasai, selagi saiz yang diperlukan tidak ditemui. Siapa yang memiliki kotak "ais box" dialah paling hebat, dimata kami umpama memiliki sebuah pesawat. Geli hati pun ada bila dikenangkan ketika itu, kami bergerak berkumpulan yang paling tua umurnya 13 dan yang termuda lebih kurang 6 tahun. Ketika itu keselamatan tidak menjadi kebimbangan, walaupun tapak permainan kami seluas bandar ibarat tidak bersempadan.

Bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran menjadi lokasi sasaran, yang pasti kumpulan kami tidak berminat untuk berurusan dengan pihak berkuasa tempatan, tetapi urusan kami adalah puncak bukit hinggalah ke kaki bukit berhampiran. Berbondong-bondonglah kami sambil mengusung kotak berkenaan. Tiba di puncak, sebelum menyusun kereta lumba, jet pejuang, kereta kebal, kereta bebal dan macam-macam lagi yang mampu dibayangkan oleh  kami ketika itu, sempat juga kami mengadap tulisan gergasi diatas puncak bukit "KLANG BANDAR DIRAJA" nasib baik ketua ada jika tidak,  kami tak mampu memahaminya, dah tersemat dijiwa jom kita mula acara.

"Dah sedia semua!!!!" teriak ketua kumpulan, kelam kabut semua walaupun bersaing sesama sendiri tapi bila ketua berteriak semuanya akur...tiada yang menentang arus itu lah kekuatan kami. "Seranggggg!!!!" semua yang ada meluncur laju ke arah kaki bukit...berkumandang pelbagai bunyi...ada yang menjerit makkkkkk!!!! ada yang ketawa sekuat hati tak berhenti..ada juga yang sunyi...tak berbunyi...walau apa riaksi yang dikeluarkan sebenarnya semuanya takut harungi situasi.

Mendarat sahaja dikaki bukit ketua pun mula mengira takut-takut ada yang tersangkut. Macam-macam gelagat, ada yang taubat tak nak lalui lagi, bagai nak menangis pun ada tapi bila ketua kata jom lagi dan lagi dan lagi tidak ada yang berhenti semuanya menuruti kerana kami yakin pada ketua kami, dia sentiasa melindungi. Seluas bandar dijadikan tapak permainan dah pelbagai perkara kami harungi, siapa lagi jika tidak dia yang melindungi dan kami masih disini.

Kenangan kami bersemadi dihati, tiada galang ganti, tapak permainan berubah rupa berubah suasana, seperti dahulu sememangnya tidak lagi

"SELAMAT DATANG KE LITTLE INDIA"
telah tiada
"KLANG BANDAR DIRAJA"
Semudah itu ya diserahkan
bandar berdaulat ini kepada mereka.


2 comments:

Anonymous said...

a story which takes you back you the days that can never come back.

a story that no children are able to feel yet to have.

a story filled with only memories that are sweet as sweet as honey yet torn by them whom sees the world as material, reality be blinded, trust be broken...all by those who sees the world with no end......whom sees the world survives eternally by escaping fate.....

Unknown said...

nice sharing!!!

# visit me on shukranzahari.blogspot.com
# HAPPY BLOGGING