Sunday 30 December 2012

MODAL AIR LIUR NAK MENANG PRU13

Tak masuk akal, tapi nak buat macam mana, kalau dah perangai tak boleh diubah. " Nak aku kata diorang ni bodoh memang bodoh tapi bodoh dibeli dek orang bijak pandai, buat modal nak menang pilihanraya". Apa pulak disungutkan dek sahabat aku nih?

Kisahnya, ada yang menalipon sahabat ni, minta bekerjasama berjuang katanya, bincang buat itu dan ini sampai berbulan bulan, setiap kali nak di persembahkan yang empunya diri ubah perancangan. Hmmm..mula jumpa bukan main hebat lagi, "apa saja yang you all boleh buat, buat aje jangan risau I akan support you all yang penting kita menang." Tiba masanya...alasan biasa sangat kita dengar, I sekarang ni sibuk keluar negara selesaikan masaalah disana." Oiiiii...masaalah yang ada selesaikan dulu".

Talipon berbunyi lagi..."siapa pulak yang cari aku pagi-pagi buta nih?" PA pada yang empunya diri rupanya, bertanyakan perancangan program...PERANCANGAN LAGI!!!! teringat pulak dalam perbincangan yang dibuat PA tak masuk sama. Dengan segala kuntau yang ada dijelaskan segalanya pada mamat PA ni walau dalam hati berbunyi juga "Macam mana mamat PA ni boleh jadi PA, cara cakap pun dah ke laut, bau cakap pon dah cap ayam"

Selang berberapa jam, si PA call lagi, memang best betul, dia boleh tanya semula seolah belum jelas lagi rancangan yang hendak dilaksanakan, "haram betul lah, yang aku dok explain dekat setengah jam tadi takkan PA tak mampu faham". Cuba fahamkan lagi, dah macam cakap dengan budak tadika dibuatnya, akhirnya bunyi macam dah faham. Mula nak senyum dah, bila bunyinya macam dah faham.

Mengucap panjang dibuatnya, dah la dia yang cari kita mintak bekerjasama, sanggup dikeluarkan kata-kata yang penuh dengan penghinaan. Apa punya orang, apa punya PA ahli dewan, aku ingatkan cai PR je yang bahalol son of bangang PA ahli dewan pon sama. Lepas selidik...patut pon sebab bekas orang sebelah rupanya.

Yang bestnya "Guna Air Liur boleh dapat sokongan katanya" tabik spring 2 tangan dengan kaki sekali pada PA ni. Mungkin titik peluh dia ahli dewan bayar dengan air liur agaknya. Apa lagi yang boleh dibuat, ucapan "Semoga berjaya" ajelah yang dapat diungkapkan.

Sabarlah sahabat
PEJUANG BN MEMANG DAH SINONIM
DI HINA PEMIMPIN SENDIRI.
 Kalau PR tu tak terlibat
dengan puak yang sanggup gadai negara
dah lama PEJUANG BN
beri sokongan pada PR
800%


Saturday 22 December 2012

DULU TAK PANDAI, SEKARANG BINGUNG

Teringat kisah silam apabila anak-anak pulang dari sekolah berlari kerumah secepat mungkin sebab tak sabar nak sampaikan berita gembira. Ibu dan Ayah pun teramatlah berbesar hati, panggil sanak saudara, sahabat handai keliling kampung sempena kecemerlangan anak mereka dalam bidang pelajaran. Selang berberapa bulan, kenduri lagi, dengan bangganya sampaikan berita "anak aku kerja gomen". Bila ditanya macam mana boleh dapat? "Anak aku pandai, dia lulus SPM pangkat 3".

Berubah zaman, berulang peristiwa tetapi jawapanya  "Anak aku cemerlang, baru sahaja dapat Diploma". Berubah zaman, berulang lagi peristiwa, jawapannya "Anak aku cemerlang, baru sahaja lulus Ijazah" begitulah seterusnya.

Zaman berubah pencapaian juga berubah, kualiti kebanggaan juga berubah. Dahulunya nak pegang keyboard pun mengigil tidak ada keyakinan sebab tidak ada pengetahuan, jika was-was dengan penulisan saya, tanyalah pakcik dan makcik disekeliling masih ada lagi yang kekal begitu. Hari ini teknologi berkembang dengan pesat, pelbagai kaedah dan apa sahaja dihujung jari. Jika nak dikira tempoh perubahan dan pencapaian kita berbanding sebelum Merdeka tidaklah terlalu lama sangat.

Dengan segala perubahan yang kita kecapi, seharusnya hari ini kita menjadi bangsa yang maju dan boleh lah dikatakan bijak pandai. Malangnya ianya tidak begitu, hari ini hampir setiap hari kita dapat melihat kelahiran puak-puak yang menghina Agama,Bangsa & Negara. Mereka dengan bangganya menghina Raja-raja yang sepatutnya mereka maklum, itulah lambang kekuatan malahan lebih dari itu, itulah tali ikatan kekuatan bangsa kita. Jika kita dikalangan mereka yang celik IT, setiap hari kita diperlihatkan betapa fatwa songsang yang menghalalkan cara semata-mata tanpa memikirkan tindakan mereka melahirkan pemberontakan minda dan fizikal. Setiap hari pemimpin dimaki hamun padahal tidakkah mereka melihat kemakmuran yang telah kita kecapi.

Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang keamanan. Yang jelas kebodohannya adalah, mereka gagal melihat kewujudan merekalah maka wujudnya huru-hara di Negara yang aman dan damai ini.

Puak ikut membabibuta, puak ikut keseronokan kerana dapat membebaskan kebuasan dalam diri, (dalam rahsia) puak ikut sebab "bayarannya bagus ya pak nuwar" bersatu kononnya menuntut hak dan ingin bebas dari yang didakwa penindasan oleh kerajaan walaupun dalam keadaan datangnya dengan pelbagai kenderaan yang berkenan di hati, menuntut itu dan ini tetapi tidak menyedari bahawa hak mereka yang ditangan dibuang, diabai dan musnah begitu sahaja, jika mereka sedar mustahil mereka sanggup meletakkan anak-anak kecil di tengah-tengah rusuhan hanya kerana dijanjikan syurga. Yang memberi janji pun belum tentu bukan ahli neraka disana kelak.

Yang kelakarnya "Derma anda adalah Jihad" "Derma anda adalah Jihad" & "Derma anda adalah Jihad", best betul jika hari-hari kita masukkan sepuluh sen dalam tabung syurga, kita tak perlu risau tentang alam syurga & neraka sebab hari-hari kita dah berjihad kalau tak percaya tanyalah Ulamak Jihad tu, tapi  sebolehnya tanya lah, "Jihad sepuluh sen dapat syurga level berapa?"

Mereka mendidik rakyat dengan unsur pemberontakan dan keganasan. Mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan penghinaan, pengaiban & penaburan fitnah untuk mendapatkan kuasa memerintah negara. Tak dinafikan mereka telah berjaya membuktikan bahawa golongan ini semakin giat bertambah & berada diseluruh negara. Tak terfikirkah bahawa suatu hari nanti pemberontakan yang mereka fikir mampu membantu mereka menakluki Putrajaya akan diterima sebagai budaya yang wajar diamalkan seterusnya diwarisi turun temurun. Tak terfikirkah pemberontakan hanya akan membantu mereka tetapi mereka tidak akan mampu menghentikannya. Negara-negara yang berjaya mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah pemberontakan sehingga hari ini tidak aman & damai seperti Malaysia. Sebenarnya puak-puak yang mengaku pejuang sebeginilah yang menghuru harakan Malaysia.


"MAKMURKAH KITA APABILA PEMBERONTAKAN DIBUDAYAKAN?"

Saturday 15 December 2012

LUDAH KE LANGIT LEKAT KE MUKA

"Raja Sehari" pendek sahaja ungkapannya tetapi membawa berjuta makna, bergantung kepada yang menghayatinya. Makcik yang sorang ni tak pernah jumpa ungkapan ini agaknya atau pun tak siapa yang berani bisikkan padanya, tak siapa walaupun yang paling berhak membisikkannya (suaminya). Pelbagai ragam yang dibuatnya penat rasanya yang lain wajib menjawab untuk menghalalkan perbuatan dia.

Kalaulah dia mampu berfikir pasti tidak tergamak dia terconggok ditengah-tengah majlis orang, lebih tragis lagi kedudukannya memisahkan pasangan yang diraikan. Berputar sana sini, kisah super makcik ni sehingga kan bila disoal pada seorang anak kecil main colok "dalam gambar ni siapa yang kahwin?" jawapannya Makcik kahwin dengan Ahli Sukan tu. Geli hati juga bila terbaca "posting" tu, dalam masa yang sama "aduhhh malunya kenapa ko buat mcm ni makcikkkk!!!!!"

Bukan nak memburukkan, tetapi perkara kecil harus diberi perhatian lebih-lebih lagi yang memberi impak negatif yang besar. 

"Kalau tak sebumbung dengan No.1, ada tak yang teringin pertikai agaknya?"

Monday 10 December 2012

ADAB PEMIMPIN LAHIRKAN PEMIMPIN MASA DEPAN

"Kenapa lambat? appointment kita jam 3 petang sekarang dah jam 2 petang kita di KL lagi, bukan senang nak dapat jumpa dia ni, sebab you lambat nanti program kita terjejas..." Adoii...sampai depan pintu VC disekolahkannya pasal "time management". Sebelum jam 3 petang tiba di Utara Tanah Air dengan selamat, nasib baik gegendang telinga ni dah keras macam berlian kalau tidak tentu dah bengkak kena bebel.

Masuk sahaja bertemu VC berkenaan kami dihadiahkan senyuman yang serasanya manusia angkuh dimuka bumi pun belum tentu berupaya menerimanya, apatah lagi insan yang sedang lelah memerah keringat berusaha menyampaikan amanat bangsa kepada bakal pemimpin masa depan negara. "Ceritalah you orang nak apa" sambil memusingkan kerusi empuk menghadap ke kaca televisyen  yang diletakkan disebelah kiri mejanya untuk menonton buat kali ke-3 ulangan perlawanan bola sepak.

Sahabatpun dengan tekun dan teliti memberi penerangan tentang format program yang ingin dilaksanakan. "hmm" "ya" "mana dapat budget" "kami nak buat program you orang boleh bagi sponsor?" jawapan dan lontaran soalan yang diberikan tanpa melepaskan pandangan matanya dikaca TV.

Pun begitu, demi mengutamakan masej yang dibawa jauh lebih penting daripada tingkah laku tidak beradab yang dipersembahkan, kami terus berusaha meyakinkan beliau agar menerima program yang dicadangkan di institusi dibawah jagaan beliau.

Mungkinkah situasi ini mampu menjawab persoalan yang sering bermain dikotak fikiran, "Mengapakah semakin hari semakin bertambah mahasiswa yang bertindak menentang pemerintah yang sediaada walaupun hakikatnya terlalu banyak kemudahan dan kemewahan telah disediakan kepada mereka?". Jika ya, tidak hairanlah pencetus dan penganjur tuntutan penghapusan PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma lahirnya dari institusi yang sama.

Kita tidak mahu mempertikaikan tentang lupanya dia bahawa gaji yang diterima untuk hidup mewah datangnya dari kita (Rakyat Malaysia), tetapi kita hairan bagaimana beliau terus diberi amanah untuk kekal disitu dengan tingkah laku tidak beradab dan gagal mendisiplinkan mahasiswa dibawah jagaanya walaupun segelintir tetapi kesan yang di timbulkan telah cukup menyebabkan Malaysia dikecam dan dipandang hina dimata dunia.

"DIA KAH YANG BERSALAH ATAU MEMBIARKAN DIA DISITU LEBIH BESAR KESALAHANNYA???"