Tuesday 19 August 2014

MALANG PAK NAJIB KALAH SORAK NEGARA TERGAJAI

“Lumrah dunia” katanya, bijaksana bermewahlah hidup mereka, tak kiralah siapa pun yang sengsara, esok banyak lagi tipu helahnya, tak perlu nak risau jika ada yang nak membongkar kebenarannya, bukan mudah orang nak percaya, rata-rata walau sedikit tetap ada kira-kiranya, nak tak nak itulah "lumrah dunia".


Bergelumang dengan mereka setengah dekad juga lamanya, saban hari pelbagai tipu helah sajian dihadapan mata, yang jadi "Master" bukan kakitangan biasa, kerusi pegawai ke pengarah digenggam tak pernah lupa. Hari demi hari tak sanggup nak dipikul rasanya, mula bersuara tersusun fitnah diusahakan mereka, akhirnya kebenaran tertimbus juga, tinggal mereka tinggallah segala.

Sejarah kesengsaraan mainan cerita, setiap kakitangan jadi bala tenteranya, apa nak dicapai itu kena tanya mereka, perlaksanaan sekadar atas "Paper", laporannya panjang berjela, hakikatnya laporan pembohongan semata, harap jadi hero bila Najib membacanya.


"Jangan khuatir" kata PM kita, puluhan agensi tak luntur semangatnya, membanting tulang memikul amanah kononnya, segenap sudut risikan dijalarnya, tiba masa maklumat tiba, kita bertindak bina Negara Merdeka.

Malang Pak Najib hidup-hidup ditipunya laporan berjela hasil karya Tok Dalang sebenarnya, PRU14 jawapan buat semua, bernasib baik hasilnya jika BN masih berkuasa, disitulah penghujungnya perjalanan buat mereka, PRU15 kerajaan baru tertubuh akhirnya. 


Ketika itu apa pula kata mereka..."apa nak risau, kita semua dah kaya", pasti tak banyak beza bunyinya “BEGITULAH RESAM DUNIA”.

Thursday 14 August 2014

SELANGOR KITA SELANGOR MEREKA???



SELANGOR KU SELANGOR MEREKA… SAMA TAPI ADAKAH SERUPA?

JANGAN DI TEPUK DADA NANTI MELATAH MELATA SEPERTI MEREKA JUA ADANYA.



Suatu waktu tiada siapa, dialah yang dipersembah dihadapan Takhta, dialah yang paling layak terbesar dikalangan menterinya. Apa saja katanya - kata mereka, sebulat suara itulah pemerintahan kita. Titah Baginda tak lebih sekadar halua telinga adanya.

Sepenggal sudah kuasa dikibarkan, gegak gempita kemelut air tak disudahkan, terpancar segerombolan parti lawan, kemewahan erat digenggaman, berpura melaung keluhan, kata mereka rakyat didahulukan, tercuit hati…laungan laksana taufan, tiada siapa memerhatikan, meraih simpati itu yang dipersembahkan, tiada sahutan tiada balasan, undi tidak diperolehi laksana taufan yang berlalu terus ditenggelamkan.

Arus bersua-arus, dia yang utama terus diperkotak-katikkan, dalam kemelut menyahut saranan niat berbakti rakyat didahulukan, malang dalam sedar, itu slogan parti lawan. Dahulu dia mereka junjungkan, segenap sumber mereka dedahkan, dasar pusara mereka keluarkan, berlalu sepenggal masalah hutang kini dipertikaikan.

Duduk bersidang mencari jalan, tiga penjuru usaha di tempakan, agar beralah dia mereka harapkan namun exco utama jawatan dilucutkan, ternyata kuasa masih dia genggamkan, semakin meroyan singa utara tiada dalam gambaran, angguk kepimpinan dalam pakatan meningkat kekayaan biarlah walau diperbodohkan.

Berbekal kemusnahan utara kejayaan digambarkan, kini Selangor muncul sasaran, seolah tiada kelakian dikalangan himpunan, menjulang isterinya sang suami harapkan agar tak tercapai Takhta Negara, Takhta Negeri pula didambakan.