Friday, 1 February 2013

"ANJING MENYALAK BUKIT"

Bertenanglah wahai anak gadis jangan dilupa didikan dari serendah didikan hingga setinggi-tingginya ajaran, benih Kesopanan dan Kesusilaan telah lama disemai dalam jiwa, matikah benih itu atau kamu izinkan mereka musnahkannya?

Tidakkah mengerti kamu "Walau bergaung menyalak umpama guruh dilangit, namun disentuh haiwan itu tetap haram". Perumpamaan mudah difahami walau sekadar tamat tingkatan lima tidak ke IPT namun jika kamu masih tidak memahami izinkanlah si dewasa menemani agar cukup ilmu sebelum meneruskan perjuangan abadi.

Untungnya kamu walau mati musnah benih dijiwa, si dewasa masih berjabat tangan memberi penghormatan seadanya, untungnya kamu walau biadab dicerna, si dewasa bertenang bersabar memberikan contohnya, untungnya kamu walau terus menghina, si dewasa terus terusan memaafkannya dan untungnya kamu walau terus mencaci mencuba si dewasa masih mampu memikirkan bahawa kamu begitu kerana mereka.

Warna kulit mu tidak pernah di pertikaikan, warna kaum mu tidak pernah di sisihkan, warna agama mu tidak pernah di masaalahkan tetapi warna akhlakmu amatlah diutamakan. Putih warnanya maka putihlah layanannya akan tetapi jika hitam warnanya, dilupakan kamu selayaknya.

Mereka gunakan kamu demi kepentingan semata, di mana Adli setelah puas memerah keringat dia, kamu bangga kepentas ditakbirkannya tetapi tiba tamat tempoh dan kamu kelihatan tak berguna, masa depan kamu jadi entah apa-apa, tinggallah kamu berlelah mencari kehidupan seadanya.

Dengarlah kata si dewasa yang kamu hina, kamu keanakan yang cuba mendewasa sebelum tempohnya, walhal si dewasa wanita telah sekian lama. Tidak hari ini, esok kamu patah juga, jangan sampai ketika itu baru kamu sedar di sekeliling tiada siapa tetapi si dewasa telah terbukti tanpa di suapkan wang ringgit, sahabat-sahabat kekal taat bersama dia.

"Sanggupkah kita jika berlaku perkara yang sama
terhadap anak kita???"

No comments: