Thursday 28 February 2013

TUMBANG DEK GAGAL DIPERTIMBANG...SOALNYA KENAPA???

Adakala terasa kasihan juga apabila dipertontonkan upacara meludah kelangit melekat ke muka mahupun upacara ludah kekaki jilat ke sendi.Begitulah keadaannya apabila manusia bertuhankan akal.

Suatu ketika bangkit seorang wanita dari berjuta wanita yang berdiam berpeluk tubuh melihat dan membiarkan Ambiga berusaha mengelirukan rakyat khususnya Islam dan Melayu yang nyata tidak gembira dengan kemakmuran Negara dibawah kepimpinan Islam. Soalnya kenapa?

Kebangkitan Sharifah Zohra Jabeen bergerak dari 1 universiti ke 1 universiti bersama teman-teman menyampaikan dan menerangkan hak wanita & kanak-kanak menjengkelkan Kepimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi apabila kegagalan HKR112 menampakkan mahasiswa tidak lagi memenuhi kawasan perhimpunan seperti himpunan telah lalu. Soalnya kenapa? 

Malu dengan kejatuhan penglibatan mahasiswa PR memilih SZJ sebagai kambing hitam. Dia bukanlah menduduki kerusi penting seperti Sharizat mahupun wanita pertama seperti Rosmah Mansor. Mungkin mereka menyedari kilang pengundi PR (Universiti) tidak lagi selamat buat mereka jika SZJ dibiarkan. Soalnya kenapa?

Semua kepimpinan dari Nurul Ezzah, Anwar malahan Nik Aziz bangkit menyokong Bawani tidak ketinggalan Khairy Jamaluddin & Saifuddin menyumbang kearah mengukuhkan misi serangan menghapuskan SZJ. Soalnya kenapa?

Sudah barang tentu dikerah Cybertroopers berbayar kekal dibayar tak kira berapa juta sekalipun yang penting serang SZJ dalam misi menyelamatkan kilang pengundi PR. Pelbagai tohmahan, kata hinaan, cacian, makian dilempar tanpa belas dan tanpa memikirkan hidup mati SZJ dan keluarganya. Soalnya kenapa?

Tidak cukup dengan serangan didunia maya maka dihantar 12 samseng kerumah menyerang seorang wanita. Tidak ketinggalan dengan kuasa yang ada, arahan "tikam" buat kepala keseluruh negara. Soalnya kenapa?

Dalam kekalutan menyelamatkan nyawa, maruah, harga diri & keluarga, dia terus keseorangan bertemankan sekumpulan sahabat yang tidak berkepentingan mahupun memiliki pengikhtirafan BN yang SZJ sendiri perjuangkan. Tidak kelihatan dia di pertahankan sepertimana Bawani yang diangkat oleh PR sebagai hero Mahasiswa hasil daripada kebijaksanaan PR menutup kebenaran dan meletakkan tohmahan sebagai santapan minda rakyat. Tidak dinafikan mereka bijak dalam menghancurkan negara tetapi dimana SZJ diletakkan dikalangan BN. Tidak kelihatan didada akhbar mahupun media elektronik satu persatu pemimpin BN bangkit mempertahankan dia. Soalnya kenapa?

Adakah BN mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa inilah balasan kepada mereka yang menyerahkan jiwa & raga berjuang untuk BN, jika ya jawapannya...
SOALNYA KENAPA???

"TIDAK ADAKAH DIKALANGAN KAMU
YANG MAMPU MELIHAT JASA YANG DITABURKAN
OLEH SHARIFAH DEMI UNTUK KAMU KEKAL MEMERINTAH"
SOALNYA KENAPA???

1 comment:

Anonymous said...

mana mungkin ada yang memerhati
mana mungkin ada yang memahami
mana mungkin ada yang mengetahui
mana mungkin ada yang mengakui

memerhati - situasi kini
memahami - naluri seorang insan
mengetahui - perkara sebenar
mengakui - dipermangsakan keadaan

biarkan mereka dengan labu labunya
walau sedih pilu dibuatnya
pasti tidak akan patah semangatnya
mahupun hancur berkecai hatinya

bangunlah wahai insan
bangunlah wahai manusia
usah lagi dipergunakan
usah lagi membuang masa menelan usia

allah ada
allah kekal sentiasa
allah maha berkuasa
allah mengetahui segala galanya