Monday 10 December 2012

ADAB PEMIMPIN LAHIRKAN PEMIMPIN MASA DEPAN

"Kenapa lambat? appointment kita jam 3 petang sekarang dah jam 2 petang kita di KL lagi, bukan senang nak dapat jumpa dia ni, sebab you lambat nanti program kita terjejas..." Adoii...sampai depan pintu VC disekolahkannya pasal "time management". Sebelum jam 3 petang tiba di Utara Tanah Air dengan selamat, nasib baik gegendang telinga ni dah keras macam berlian kalau tidak tentu dah bengkak kena bebel.

Masuk sahaja bertemu VC berkenaan kami dihadiahkan senyuman yang serasanya manusia angkuh dimuka bumi pun belum tentu berupaya menerimanya, apatah lagi insan yang sedang lelah memerah keringat berusaha menyampaikan amanat bangsa kepada bakal pemimpin masa depan negara. "Ceritalah you orang nak apa" sambil memusingkan kerusi empuk menghadap ke kaca televisyen  yang diletakkan disebelah kiri mejanya untuk menonton buat kali ke-3 ulangan perlawanan bola sepak.

Sahabatpun dengan tekun dan teliti memberi penerangan tentang format program yang ingin dilaksanakan. "hmm" "ya" "mana dapat budget" "kami nak buat program you orang boleh bagi sponsor?" jawapan dan lontaran soalan yang diberikan tanpa melepaskan pandangan matanya dikaca TV.

Pun begitu, demi mengutamakan masej yang dibawa jauh lebih penting daripada tingkah laku tidak beradab yang dipersembahkan, kami terus berusaha meyakinkan beliau agar menerima program yang dicadangkan di institusi dibawah jagaan beliau.

Mungkinkah situasi ini mampu menjawab persoalan yang sering bermain dikotak fikiran, "Mengapakah semakin hari semakin bertambah mahasiswa yang bertindak menentang pemerintah yang sediaada walaupun hakikatnya terlalu banyak kemudahan dan kemewahan telah disediakan kepada mereka?". Jika ya, tidak hairanlah pencetus dan penganjur tuntutan penghapusan PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma lahirnya dari institusi yang sama.

Kita tidak mahu mempertikaikan tentang lupanya dia bahawa gaji yang diterima untuk hidup mewah datangnya dari kita (Rakyat Malaysia), tetapi kita hairan bagaimana beliau terus diberi amanah untuk kekal disitu dengan tingkah laku tidak beradab dan gagal mendisiplinkan mahasiswa dibawah jagaanya walaupun segelintir tetapi kesan yang di timbulkan telah cukup menyebabkan Malaysia dikecam dan dipandang hina dimata dunia.

"DIA KAH YANG BERSALAH ATAU MEMBIARKAN DIA DISITU LEBIH BESAR KESALAHANNYA???"

1 comment:

Anonymous said...

ini alkisah mereka yang duduk di kerusi empuk.
tapi empunya tidak mengetahui kerusi berkaki satu.
bila bila masa mungkin jatuh disebabkan tidak mampu mengimbang....mengimbang diri sendiri...

jika tiada peningkatan dalam mempelajari cara yang paling strategik untuk mengimbang diri sendiri, maka salahnya diletakkan pada dipembuat kerusi dan bukan pada yang gagal mengimbang....