Friday 6 February 2015

KEMELUT KITA KEKAYAAN MEREKA

Keadaan tenang tanpa kekusutan, suasana damai penuh kemakmuran, hidup berbilang kaum genggaman satu amalan, turun temurun menjalani kehidupan, tanpa silu mengikut turutan, tanpa cela penuh kerelaan, tanpa lumrah yang perlu dipertikaikan, pelbagai kategori terus laksanakan, pikul tanggungjawab tanpa paksaan, cekal harungi redha ketentuan.

Golongan bergaji hasil dibelanjakan, golongan peniaga untung digandakan, golongan usahawan bercurahan kekayaan, aku berpijak kamu junjungkan.

Bila hasutan mula menular maka kemakmuran pula tercemar, kemelut suasana menjadi hingar, pelbagai sudut mula melancar, bukan menenangkan bahkan semakin bingar.

Hinaan dan cercaan jadi hiasan, pada mereka hati dipuaskan, terus lupa nikmat kemakmuran tekanan demi tekanan terus dilaksanakan, penuhi hasat menjadi keutamaan, maka kehancuranlah yang amat diidamkan.

Hero Malaya tidak ketinggalan, pelbagai peringkat bangkit melolongkan, menghentak membentak mengertak diniatkan, Akta itu Akta ini terus dilaungkan, tiada tindakan membuktikan keberkesanan, tak sekelumit semuanya tinggal menjadi omong-omongan, sang hero tersenyum puas nama menjadi julangan.

Satu perayaan ke satu perayaan, segala sengketa tak sekilas diingatkan, hasutan terawang terus dibahukan namun kekayaan sekata ditempakan, tidak kita tidak dia melainkan mereka bergenerasi yang meraih tak bersempadan.



“SAMPAI BILAKAH DIRELAKAN
 MEREKA MENUAI KEUNTUNGAN
 DISEBALIK KITA BERBERANTAKAN???”

No comments: