Saturday 24 November 2012

HEBAT HELAHNYA SEHEBAT GAHNYA

Baru-baru ni penulis menemani sahabat ke satu program yang gilang gemilang, program yang gah ini di laksanakan di utara tanahair. Waktu pagi dianjurnya persidangan meja bulat bagi mendapatkan resolusi perjuangan mereka, agak teruja juga penulis apabila melihat moderatornya seorang Tan Sri yang amat disegani dikalangan tenaga pengajar profasional, ditambah pula panelisnya terdiri dari mereka yang bergelar Dato, Dr dan Profesor tidak ketinggalan pula wakil Jabatan dan NGO. Wahhh..tentu hebat ni.

Persidangan pun bermula dengan pembukaan yang bolehlah dikatakan sesuai dengan status moderatornya. Giliran panelis pertama, sesuai dengan status anggota beruniform, segala fakta berkaitan dibentang dengan teliti dan amat berkaitan dengan tajuk persidangan. Diserah pula kepada panelis kedua, panelis ini amat bijak memberi pandangan agar persidangan yang singkat waktunya itu dapat dilaksanakan dengan efektif dan mampu menghasilkan resolusi yang berkualiti. Moderator yang pada awalnya sedikit profasional tidak semena-mena menunjukkan riaksi yang amat bertentangan dengan status beliau, lebih mengeruhkan keadaan berberapa individu yang bergelar Dato, Dr dan Profesor tadi turut menunjukkan respon yang sama.

Setelah hampir 3 jam persidangan berlaku dalam keadaan yang bolehlah dikatakan macam layang-layang putus tali, tiba-tiba Dato yang mempengerusikan persidangan tersebut membacakan keputusan resolusi yang didakwa sebulat suara oleh ahli persidangan. Memang kelakar betul penulis melihat riaksi ahli-ahli yang hadir ketika itu.Yang lebih kelakar lagi adalah panelis dalaman yang beria-ia menyokong kenyataan Puan pengerusi tadi walaupun hakikatnya resolusi yang dibentangkan bertentangan dengan persidangan yang dijalankan.

Waktu petangnya majlis penyampaian resolusi dilaksanakan, dirasmikan pula oleh Pasangan kepada No.1 negara. Hebat betul mereka ni, majlis pelancaran dilaksanakan semua VIP terpilih duduk bersama perasmi, setelah segala kata-kata pujian tuan rumah dan perasmi saling bertukar maka Resolusi pun disampaikan dengan penuh kebanggaan.

Risik punya risik, dengan selambernya wakil pihak penganjur berkata, "yang penting program petang ni sebab ada masyuk, yang pagi tadi buat syarat yang penting dapat gambar untuk buat laporan kalau tak de laporan nanti tak masyuk" mengucap panjang penulis bila mendengarnya. Kasihan wakil NGO dan Pegawai Jabatan yang hadir dibodohkan begitu sahaja demi kepentingan mereka.

Tetapi bila difikirkan semula yang lebih teruk ditipu adalah perasmi majlis kerana dengarnya selepas merasmi beliau meluluskan peruntukan yang agak besar kepada geng Tan Sri ini untuk tujuan geng Tan Sri je yang tahu. Ialah siapa yang tahu kan..bak kata orang jika program pun dah tipu, boleh percaya ke peruntukan yang di beri laporan kegunaanya tak tipu...wallahualam.

Teringat kata-kata rakan:

"INIKAH KUALITI PEJUANG MASA KINI?"

No comments: