Monday, 23 September 2013

TEMBELANG HARI INI ESOK MEREKA TAK LUPA

Kata mereka ini lah barisan harapan bangsa, tidak kurang juga yang menyangkalnya. Didada akhbar mungkin begitu-gitu sahaja ceritanya namun didada media pelbagai versi penyampaiannya, masing-masing meluahkan selera. Ada yang memuji,memuja tak kurang juga yang menghina.

Berbeza ketika hadapi pilihanraya menentang pembangkang, kita cantik semua, kita bersatu kata. Bila gelanggang sendiri berebut kuasa lupa semua lupa segala.

Empunya diri mungkin tak melata, yang mewakili sikit sahaja, mana mungkin nak "ter cover" semuanya. Yang katanya sukarela melantik diri sebagai penyokong, juga katanya penentang semuanya luah tak berkandang, buruk si polan semua dibentang, puak pembangkang ketawa melentang, mana taknya dulu disanjung hingga dijulang kini segala buruk dibuka hingga "terlanjang".

Ghairah menentu memang tak salah, namun semuanya sementara telah kita lupakah, hari ini sesama kita bertikam lidah, yang menonton pihak sebelah, maklumat dikumpul tersangat mudah. Tiba masa PRU14 dibentang tak sudah sudah, kita menyangkal mereka meludah, ketika itu baru nak sedar, apa nak buat TEMBELANG kita yang PECAH.

Monday, 1 July 2013

PERGINYA DUNIAKU


"Hariku...tiada lagi usikan usikan mu, gurau gurau mu senda tawa mu manja memanjakan ku, merajuk rajukanmu" 

Pergimu...harinya usikan, gurauan, tawaan dan rajukan kekal bagi mereka tanpa hilang manja dan dimanjakan.

Reda suasana...tiada lagi kehangatan didada media, masih diingatankah peristiwa atau telah cukup habis ceritera, diguna atas dasar keuntungan semata, tidak bagi kami sekeluarga pemergian mu kekal sehingga terpejamnya mata.

Tanpamu...riangku rintihanku, tawaku tangisanku, senyumku linangan airmataku maka pergimu perginya duniaku

"Aku redha dengan ketentuannya, takdir hidupmu begitu adanya, tiba masa kau gugur sebagai WIRA NEGARA. Harumnya namamu jika tidak kekal di mata dunia, nescaya kekal dimata empunya".

Sunday, 23 June 2013

SEKEPING MENGISAH SEJUTA MINDA

Benar kata mereka yang terdahulu "sekeping gambar mewakili sejuta perkataan" jelas  menjurus kepada berjuta penerimaan kepada mereka yang menerima. Juga kata yang lama "rambut sama hitam hati lain-lain" tapi saat ini rambut dah tak sama hitam apatah lagi hati manusia.

Senyum juga saat melihat gambar keagungan mereka sebagai tanda masanya tiba untuk berundurnya "si pemerintah". Atas dasar kekuatan yang di gambarkan...hmmm... Terpampang kenangan silam tika baru mengenal huruf dan nombor, jasa guru tak pernah lekang diingatan, tanpa mu tak termampu mencongak beza ratusan dan ribuan berbanding 28.3juta...mana mungkin...kerana mu walau berjuta persepsi di sematkan oleh gambaran...tidak kan terdaya memperdayakan.

Kasihan mereka sebangsa...GURU...kemana perginya setelah aku, semaian apakah yang terbenam dalam benak mereka hingga semudah itu pun tak termampu berkira-kira.

Perjuangan hak laungannya, sejarah penipuan katanya, kesenangan dan kemewahan kepuraan dakwanya, ribuan di gonggong si kecil di kendong...ketengah laman durjana melolong lolong.

Di hotel mewah santai pemimpinnya, mengibas yang dalam tertawa dengan gembira, mengenang habuan hinga sendawa.

Tercemar negara di mata dunia tak perlu diingat. Tersenyum lega mengira hasil muslihat, kesengsaraan mereka sekadar dilihat, ratusan ribu juga berjuta di sukat, janjinya jangan risau suasana selamat hulubalang disusun memerah keringat kelilinginya jangan hingga ada yang mampu mendekat. Benar selamat???