Tuesday, 18 February 2014

DIA AJE KE DIKALANGAN MEREKA???


Kata si Bijaksana

"Andai indah pandangan mata
maka dunia kita cinta...
Andai indah pula tutur kata... maka dunia pula cintakan mereka...walau hakikatnya
berpura semata"


Kata dia pula...


Telah dirancang segala, nak selamatkan semua, Demi Agama Bangsa dan Negara.

Bicara dia...

Panjang berjela, berjuta bahasa, pelbagai juga versi-versinya.

Pendengar dia...

Senyum melata, terpekik gembira, melaung dek teruja, lupa juga kisahnya dia, sokong julang tak terhingga.

Soalnya...???

Nak selamatkan dari siapa??? Selangor dibawah pemerintahan mereka, bukan sepenggal dah masuk dua adanya.

Bukan satu mungkin ratusan juga Anak Selangor dikalangan mereka...GAGAL KHALID...takkan dia sahaja yang ada??? hingga si dia ni nak dibiar berleluasa.

Mana maruah mereka??? bersatu bagai dunia bisa di perintahnya, baru sahaja tak lama...dah ketandusan pemimpinkah mereka???

Atau nak bagi tahu dunia selain dia tiada yang layak dikalangan mereka.

Kesimpulannya...

Nak memimpin kemana??? baru sepenggal dua dah huru hara dibuatnya.

Monday, 23 September 2013

TEMBELANG HARI INI ESOK MEREKA TAK LUPA

Kata mereka ini lah barisan harapan bangsa, tidak kurang juga yang menyangkalnya. Didada akhbar mungkin begitu-gitu sahaja ceritanya namun didada media pelbagai versi penyampaiannya, masing-masing meluahkan selera. Ada yang memuji,memuja tak kurang juga yang menghina.

Berbeza ketika hadapi pilihanraya menentang pembangkang, kita cantik semua, kita bersatu kata. Bila gelanggang sendiri berebut kuasa lupa semua lupa segala.

Empunya diri mungkin tak melata, yang mewakili sikit sahaja, mana mungkin nak "ter cover" semuanya. Yang katanya sukarela melantik diri sebagai penyokong, juga katanya penentang semuanya luah tak berkandang, buruk si polan semua dibentang, puak pembangkang ketawa melentang, mana taknya dulu disanjung hingga dijulang kini segala buruk dibuka hingga "terlanjang".

Ghairah menentu memang tak salah, namun semuanya sementara telah kita lupakah, hari ini sesama kita bertikam lidah, yang menonton pihak sebelah, maklumat dikumpul tersangat mudah. Tiba masa PRU14 dibentang tak sudah sudah, kita menyangkal mereka meludah, ketika itu baru nak sedar, apa nak buat TEMBELANG kita yang PECAH.

Monday, 1 July 2013

PERGINYA DUNIAKU


"Hariku...tiada lagi usikan usikan mu, gurau gurau mu senda tawa mu manja memanjakan ku, merajuk rajukanmu" 

Pergimu...harinya usikan, gurauan, tawaan dan rajukan kekal bagi mereka tanpa hilang manja dan dimanjakan.

Reda suasana...tiada lagi kehangatan didada media, masih diingatankah peristiwa atau telah cukup habis ceritera, diguna atas dasar keuntungan semata, tidak bagi kami sekeluarga pemergian mu kekal sehingga terpejamnya mata.

Tanpamu...riangku rintihanku, tawaku tangisanku, senyumku linangan airmataku maka pergimu perginya duniaku

"Aku redha dengan ketentuannya, takdir hidupmu begitu adanya, tiba masa kau gugur sebagai WIRA NEGARA. Harumnya namamu jika tidak kekal di mata dunia, nescaya kekal dimata empunya".