SELANGOR KU SELANGOR MEREKA… SAMA TAPI ADAKAH SERUPA?
JANGAN DI TEPUK DADA NANTI MELATAH MELATA SEPERTI MEREKA JUA ADANYA.
Suatu waktu tiada siapa, dialah yang dipersembah dihadapan Takhta, dialah yang paling layak terbesar dikalangan menterinya. Apa saja katanya - kata mereka, sebulat suara itulah pemerintahan kita. Titah Baginda tak lebih sekadar halua telinga adanya.
Sepenggal sudah kuasa dikibarkan, gegak gempita kemelut air tak disudahkan, terpancar segerombolan parti lawan, kemewahan erat digenggaman, berpura melaung keluhan, kata mereka rakyat didahulukan, tercuit hati…laungan laksana taufan, tiada siapa memerhatikan, meraih simpati itu yang dipersembahkan, tiada sahutan tiada balasan, undi tidak diperolehi laksana taufan yang berlalu terus ditenggelamkan.
Arus bersua-arus, dia yang utama terus diperkotak-katikkan, dalam kemelut menyahut saranan niat berbakti rakyat didahulukan, malang dalam sedar, itu slogan parti lawan. Dahulu dia mereka junjungkan, segenap sumber mereka dedahkan, dasar pusara mereka keluarkan, berlalu sepenggal masalah hutang kini dipertikaikan.
Duduk bersidang mencari jalan, tiga penjuru usaha di tempakan, agar beralah dia mereka harapkan namun exco utama jawatan dilucutkan, ternyata kuasa masih dia genggamkan, semakin meroyan singa utara tiada dalam gambaran, angguk kepimpinan dalam pakatan meningkat kekayaan biarlah walau diperbodohkan.
Berbekal kemusnahan utara kejayaan digambarkan, kini Selangor muncul sasaran, seolah tiada kelakian dikalangan himpunan, menjulang isterinya sang suami harapkan agar tak tercapai Takhta Negara, Takhta Negeri pula didambakan.
1 comment:
SELANGOR DIJAJAH PIHAK YANG KURANG AKAL LANTAS NEGARA DIJAJAH MEREKA YANG TIDAK MAHU MENAMBAH KECERDIKAN. DIMANAKAH BAKALNYA KITA BERADA DIANTARA PEMERINTAH YANG TIDAK AKUR DALAM MEMBUAT TINDAKAN DAN KEPUTUSAN YANG TEPAT.
Post a Comment