“Lumrah
dunia” katanya, bijaksana bermewahlah hidup mereka, tak kiralah siapa pun yang
sengsara, esok banyak lagi tipu helahnya, tak perlu nak risau jika ada yang nak
membongkar kebenarannya, bukan mudah orang nak percaya, rata-rata walau sedikit
tetap ada kira-kiranya, nak tak nak itulah "lumrah dunia".
Bergelumang
dengan mereka setengah dekad juga lamanya, saban hari pelbagai tipu helah
sajian dihadapan mata, yang jadi "Master" bukan kakitangan biasa, kerusi pegawai ke
pengarah digenggam tak pernah lupa. Hari demi hari tak sanggup nak dipikul
rasanya, mula bersuara tersusun fitnah diusahakan mereka, akhirnya kebenaran
tertimbus juga, tinggal mereka tinggallah segala.
Sejarah
kesengsaraan mainan cerita, setiap kakitangan jadi bala tenteranya, apa nak
dicapai itu kena tanya mereka, perlaksanaan sekadar atas "Paper", laporannya
panjang berjela, hakikatnya laporan pembohongan semata, harap jadi hero bila
Najib membacanya.
"Jangan
khuatir" kata PM kita, puluhan agensi tak luntur semangatnya, membanting tulang
memikul amanah kononnya, segenap sudut risikan dijalarnya, tiba masa maklumat tiba,
kita bertindak bina Negara Merdeka.
Malang Pak Najib hidup-hidup ditipunya laporan berjela hasil karya Tok Dalang sebenarnya,
PRU14 jawapan buat semua, bernasib baik hasilnya jika BN masih berkuasa,
disitulah penghujungnya perjalanan buat mereka, PRU15 kerajaan baru tertubuh
akhirnya.
Ketika itu apa pula kata mereka..."apa nak risau, kita semua dah kaya", pasti
tak banyak beza bunyinya “BEGITULAH RESAM DUNIA”.