Kata mereka kita masih belum merdeka, kata mereka kita dikaburi mata, kata mereka kemakmuran hanya propaganda, kata mereka kita belum kenal pemimpin kita, kata mereka gadaikan sahaja negara, sebaliknya kami korbankan jiwa raga.
Hidup kami mati kami segalanya kerana DIA, tiada yang lain mengalas tanggungjawab seadanya, bukan bertelagah sesama kita, bukan menfitnah semua yang ada, bukan permainan duniawi amalan semata, bukan membunuh dipentas kuasa, menghunus senjata memerangi musuh negara. Kami pergi menjawab seruan DIA.
Berbunyi samboyan sebagai tanda, tinggal anak tinggal saudara, sepeninggalan genggam erat pesanan ayahanda, jangan terpengaruh hasutan mereka, gadai negara tujuan semata, tiada yang lain kepentingan diri sahaja.
Berterbangan peluru mencari mangsa, cetus perperangan dek hasutan mereka, pertahankan negara sumpah yang tak pernah dilupa, berlindung di sebalik wanita mereka berkata, semua yang dipertontonkan lakonan semata, perginya kami sia-sia kata mereka.
Wahai pemimpin negara, pergi kami untuk kamu kekal berkuasa, tidak balasan tidak harta yang kami pinta, tinggal anak maka yatimlah mereka, tinggal isteri maka balu lah hadiahnya, tinggal ibunda maka hancurlah hatinya. Pandang pandang jenguk-jenguk lah mereka sepertimana kamu melihat keluarga kamu seadanya, jangan mereka menangung malu di hina dek si pencetus durjana.
Kami pergi buat selamanya, tinggallah anak, tinggallah isteri, tinggallah ibunda, tinggallah segalanya. Pemergian kami tidak akan pernah sia-sia kecuali kepada mereka yang tidak kenal saudara kerana kuasa gadai segalanya, perginya kami tiada lain demi tanahair tercinta.

"YATIM, BALU, & IBUNDA
SIAPA PULA YANG AKAN
MEMBELA"
1 comment:
hanya yang memahami dan yang menyelami maksud disebaliknya sahaja yang mampu menitiskan air mata dan air mata itulah yang melakar penulisan disebalik Negaraku Nyawaku
Post a Comment