Tuesday, 8 January 2013

SAMPAIKAN, JANGAN LEKA SAYANG

Tidur ya esok ibu bawa anak-anak ibu melawat ke tempat yang paling istimewa. Kita nak pergi mana bu? tanya anak kecil yang tak mengerti apa-apa. 
Sambil melontarkan senyuman seolah puas dengan pertanyaan anak kecil, ibu memberi jawapan dengan tenang, usah risau esok anak-anak ibu bangun awal ibu ceritakan semuanya ya. Assalamualaikum...Mualaikumsalam bu.

Anak-anak ibu bangun, mandi ibu dah siapkan pakaian. Gedebas-gedebus bunyi dari bilik air, sekelip mata dah siap mandi. Ibu baju ni koyak nak pakai ke? Tak apa, biar baju buruk sekalipun, kita pakai kemas-kemas tetap nampak cantik, kata ibu. Ooooo...macam tu ya bu. Haaa..kan cantik anak-anak ibu.

Kita naik bas ni, kita nak pegi mana, kita nak buat apa, kita nak jalan-jalan ya bu? Hari ni kita nak pergi melawat tempat yang amat istimewa, Sambil berbisik...abang ibu kata apa? "Entah" kata Alang..."Ooooo..." sambut Utih, sunyi tak bunyi apa dari "Usu". Ibu kenapa tak bawa Along dengan Angah sekali? Sambil tersenyum... Along dengan Angah dah pernah pergi ikut rombongan sekolah. Tu dengan sekolah kenapa hari ni tak ikut bu? Sebolehnya ibu nak bawa semua tapi belum sampai rezekinya. Ooooo...kata Utih.

Wahhh!!! besarnya...macam Ultraman la Lang...nampak tak Lang...? Ya lah besarnya. Mari ibu kenalkan, semua ni memang Ultraman Malaysia, lebih hebat dari Ultraman pun, ibu nak anak-anak ibu tau walaupun kita tak kaya, sebab merekalah hidup kita tak susah lagi kata ibu. Ibu bercerita segalanya tentang tempat istimewa ini. Ayah menegur juga, dicerita pada anak-anak...sekolah pun belum, mana difahamnya sayang. Tak apa biarkan, suatu hari nanti pasti anak-anak kita faham abang. Abang ada duit tak? kita ambil gambar dengan anak-anak kat sini ya.

Kita nak kemana papa? Semua tempat kita dah pergi kan...hari ni papa nak bawa anak-anak papa ke tempat yang paling indah dan istimewa dalam Malaysia ni. Haa...kita dah sampai, cuba Along tengok kat sebelah kanan tu, Along nampak tak? kita cari parking kereta dulu ya, lepas tu kita masuk, kita berkenalan. Anak-anak papa jangan risau biar papa kenalkan pada mereka.

Along duduk sebelah papa, Angah mari papa pangku, dengar ya. 34 tahun dulu Atok dan Wan bawa papa kesini dan ditempat yang samalah papa ambil gambar Along dan Angah tadi. Semua yang anak-anak papa lihat hari ni, merekalah yang menyebabkan kita kecapi kesenangan, merekalah yang menyebabkan kita bebas dari ancaman, merekalah yang menyebabkan berlakunya segala kebaikan dan paling penting merekalah yang menyebabkan kita memiliki pilihan.

Dulu kita daif, kita dijajah, kita di belenggu dan kita hidup dalam ketakutan. Makanan pun tak pernah cukup, yang ada hanya pelbagai menu "ubi kayu". Hari ini, hampir segala yang ada dalam hidup kita, kita boleh kata "Ya" atau "Tidak", "Nak" atau "Tak Nak", "Setuju" atau "Bantah" dan lebih teruk lagi kita boleh kata "Tukar!!!"

Along tau tak? mereka hadiahkan kesenangan hidup kepada kita dengan memberi gelaran Balu kepada isteri-isteri mereka, mereka hadiahkan kebebasan hidup kepada kita dengan memberi gelaran anak-anak yatim kepada anak-anak mereka, mereka hadiahkan segala kebaikan hidup kepada kita dengan memberi kesedihan dan kepedihan kepada Ibu-ibu mereka. Mereka hadiahkan segala yang temampu kita kecapi hari ini dengan memberikan nyawa mereka. Mereka gadaikan segalanya demi mempertahankan Tanah Air yang tercinta dan demi anak bangsa yang Merdeka.

Papa tak mahu anak cucu papa dibelenggu dengan sejarah, sejarah adalah rujukan dan sejarah adalah pengajaran, itu papa tak nafikan. Apa yang papa mahu anak cucu papa menghargai segala yang ada pada hari ini, pelihara sebaiknya demi generasi yang akan datang.

Tiada jalan terbaik untuk memelihara warisan ini selain kenalilah mereka yang memimpin dan meneraju kita, selama mana mereka tidak berusaha mengadai negara, jangan berhenti berusaha memperbaiki kesilapan mereka. Jika ada yang menjanjikan bulan, bintang dan matahari, kajilah niat dan tujuan mereka, walau setinggi gunung mereka berbicara jangan sampai terpedaya. Hilang sekelip mata menyesal tidak akan pernah berguna.

Papa tahu, Angah tak faham apa yang papa katakan hari ini, tapi Angah jangan risau, papa percaya, tiba masa jika papa dah tak ada Along ada, Along akan sampaikan pesan papa ni pada Angah kan. Ya Along janji Along akan sampaikan pada Angah dan satu hari nanti Along akan sampaikan pada anak-anak Along...hehehe...Along ada anak-anak maknanya Papa dah jadi atok la kan hehehe... Atok encem..atok pun atok lah..

Alhamdulillah anak-anakku telah menerima warisan nenek moyangnya, semoga tiada anak-anak diluar sana yang tidak mengenali dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Tugu Negara.

"SALAH SIAPA JIKA MEREKA TIDAK MENGETAHUI
BAHAWA MEREKA LAH PEWARISNYA"

1 comment:

  1. Walau berdiri tegak bertahun lamanya......
    Walau sekeras mana batu mahupun simen atau besi yang membentuknya......
    Sekilas dilihat megah berdiri tanda tumpah darahnya....
    demi tanah air yang tercinta......

    Kukuh gagah ia berdiri dari dulu kini dan selamanya.....
    tidak memberi sebarang erti buat mereka yang mengunjunginya.....
    apatah lagi mereka yang tidak pernah tahu mengenainya lantas gagal memahaminya....

    Tanyakan pada si Ibu dan Bapa anak anak bangsa -
    "dimanakah kamu berdiri hari ini...."
    "apakah nama tanah yang dipijak kamu....."
    "dimana tanah yang kamu pijak itu menyelaputi bumi....bumi yang tidak henti kamu sakiti......"
    "sakitnya tidak terperi bingkisan dari orang sendiri...."

    Mampukah mereka ini bangkit semula dan berjuang seperti mana mereka yang diukir Tugu....?

    Tanyalah kembali kepada Ibu Bapa mereka, sesungguhnya setiap pembentukan rohaniah, ilmiah, adab dan kepercayaan bermula sejak kamu dilahirkan didunia......

    ReplyDelete