Jatuhkan…jatuhkan…jatuhkan dia - teriak Sang wira…Serang…serang…serang
mereka - teriak Sang Pengadu Domba…Mara…mara…mara kesana - segerombolan yang ditunggangi mereka, sayu mengenggam seringgit dua…Lari…lari..lariiii semua tak semena...diserang pihak
berkuasa - sengaja di ada-ada, jika tak memfitnah masakan termampu memenuhi A G E N D A.
Hmmm…yang nak di jatuh, diserang, disaman begitu juga adanya,
selamba bersahaja tak sejentik hinggap ke muka.
K A S I H A N buat mereka penat berjuang kononnya, yang mencetus...senyum melata dek menitis peluh setitis dua sunyi bersendawa kantong membuak tak siapa
sangka...KUNING dijaja MERAH juga tak berdaya, maruah dipalit di kaki lima, kita
berjaya kononnya…selepas itu APA???
Marahkan nyamuk kelambu di panggang…marah tak bertempat tubuh
akal dibiar ditunggang, salah benar tak mampu ditimbang akibat Si Tanggang...Sang
Tuah nak di tumbang, bermodalkan fitnah berteriak tunggang langgang, akibatnya
bukan seorang malahan se-Persatuan menjadi bangang.
Nak jadi Hero biar berakal, jangan fitnah di buat bekal, lenyap
keringat terkulai kekal dek secubit ILMU yang tak mampu di sangkal.
Bukan semalam dua Dia memerah peluh, sedarkah kamu seawal 80,
pelbagai era di mindanya dah penuh, ketika itu kamu masih berlampin dianduh, pelbagai Manusia dia meneduh pelbagai kerenah juga harus Dia tempoh, memerah keringat
jasa dilaboh buat Rakyat yang mengharapkan keselesaan berteduh.
Dari sayap Pemuda Dia tak tumbang, tiba waktu dia ditempat di
Pintu Gerbang, Pelancong Dunia duduk bersembang mengagumi Malaysia Negara yang
terbilang akibat kebijaksaan Dia berjuang, “Kenali Malaysia” terus didagang Rakyat
makmur, ekonomi berkembang.
Pabila bukannya Dia di Pintu Gerbang, Pelancongan Negara
tunggang langgang, jatuh mata wang...Pak Menteri bangga laksana si-bangang,
kononnya terbaik peluang kan terbentang, padahal Pak Menteri tak berkemampuan sambil berpeluk
tembelang.
Tak perlulah burukkan Dia...serang Dia...saman Dia...apatah lagi
jatuhkan Dia, berdiam bukan bermakna bersengkokol tak berlaga.
F I K I R K A N ... jika Dia buat perkara yang sama, tak Dia tak kita, Muhyiddin Yassin malahan
Shapie Apdal ditendang begitu sahaja, kesudahannya posisi tiada, laungan teriakan tak diterima laksana berteriak di kaki lima. Ketika itu siapa pula membela kita???
Dulupun dah puas mereka mencuba, mengkaitkan Dia dengan
pelbagai cara...Lingam ada, Sin Ciew ada, Strait Times ada, wanita Blogger pon ada
tak semena…puas mencuba laksana angin berlalu begitu sahaja. Cukup lah…
Biarlah Dia teruskan agenda mempertahan hak didalam Wilayahnya, sedar atau tidak Dia
tidak meninggalkan kita, bila tiba masanya…Tampuk Utama gugur juga, sampai bila
nak menungkat langit laksana tiada Tuhan Semesta, membiarkan Si Tampuk dan
isterinya menganiaya Rakyat sehingga akhir hayatnya.
DIA…kita biarkan sahaja, jangan diganggu mencari aib
semata, agar dari dalam terus terusan masa depan kita terbela dengan adanya Dia,
apatah lagi dalam keadaan Si Tampuk mendabik dada bermaharajalela hinggakan maruah Negara dijaja-jaja.
Tanpa Dia didalamnya…
Siapa lagi yang ada berkuasa diatas
sana???
Sedang yang lain...
tiada semangat...tiada ingatan terhadap kita,
sibuk
menghitung segala harta
seolah hidup mereka...
tiada penghujungnya.