Wednesday, 21 October 2015

"BUSUK SEBIJI JANGAN SETANDAN DIBUANGNYA"

Jatuhkan…jatuhkan…jatuhkan dia - teriak Sang wira…Serang…serang…serang mereka - teriak Sang Pengadu Domba…Mara…mara…mara kesana - segerombolan yang ditunggangi mereka, sayu mengenggam seringgit dua…Lari…lari..lariiii semua tak semena...diserang pihak berkuasa - sengaja di ada-ada, jika tak memfitnah masakan termampu memenuhi A G E N D A.

Hmmm…yang nak di jatuh, diserang, disaman begitu juga adanya, selamba bersahaja tak sejentik hinggap ke muka.

K A S I H A N buat mereka penat berjuang kononnya, yang mencetus...senyum melata dek menitis peluh setitis dua sunyi bersendawa kantong membuak tak siapa sangka...KUNING dijaja MERAH juga tak berdaya, maruah dipalit di kaki lima, kita berjaya kononnya…selepas itu APA???

Marahkan nyamuk kelambu di panggang…marah tak bertempat tubuh akal dibiar ditunggang, salah benar tak mampu ditimbang akibat Si Tanggang...Sang Tuah nak di tumbang, bermodalkan fitnah berteriak tunggang langgang, akibatnya bukan seorang malahan se-Persatuan menjadi bangang.

Nak jadi Hero biar berakal, jangan fitnah di buat bekal, lenyap keringat terkulai kekal dek secubit ILMU yang tak mampu di sangkal.

Bukan semalam dua Dia memerah peluh, sedarkah kamu seawal 80, pelbagai era di mindanya dah penuh, ketika itu kamu masih berlampin dianduh, pelbagai Manusia dia meneduh pelbagai kerenah juga harus Dia tempoh, memerah keringat jasa dilaboh buat Rakyat yang mengharapkan keselesaan berteduh.

Dari sayap Pemuda Dia tak tumbang, tiba waktu dia ditempat di Pintu Gerbang, Pelancong Dunia duduk bersembang mengagumi Malaysia Negara yang terbilang akibat kebijaksaan Dia berjuang, “Kenali Malaysia” terus didagang Rakyat makmur, ekonomi berkembang.

Pabila bukannya Dia di Pintu Gerbang, Pelancongan Negara tunggang langgang, jatuh mata wang...Pak Menteri bangga laksana si-bangang, kononnya terbaik peluang kan terbentang, padahal Pak Menteri tak berkemampuan sambil berpeluk tembelang.

Tak perlulah burukkan Dia...serang Dia...saman Dia...apatah lagi jatuhkan Dia, berdiam bukan bermakna bersengkokol tak berlaga.

F I K I R K A N ... jika Dia buat perkara yang sama, tak Dia tak kita, Muhyiddin Yassin malahan Shapie Apdal ditendang begitu sahaja, kesudahannya posisi tiada, laungan teriakan tak diterima laksana berteriak di kaki lima. Ketika itu siapa pula membela kita???

Dulupun dah puas mereka mencuba, mengkaitkan Dia dengan pelbagai cara...Lingam ada, Sin Ciew ada, Strait Times ada, wanita Blogger pon ada tak semena…puas mencuba laksana angin berlalu begitu sahaja. Cukup lah…

Biarlah Dia teruskan agenda mempertahan hak didalam Wilayahnya, sedar atau tidak Dia tidak meninggalkan kita, bila tiba masanya…Tampuk Utama gugur juga, sampai bila nak menungkat langit laksana tiada Tuhan Semesta, membiarkan Si Tampuk dan isterinya menganiaya Rakyat sehingga akhir hayatnya.

DIA…kita biarkan sahaja, jangan diganggu mencari aib semata, agar dari dalam terus terusan masa depan kita terbela dengan adanya Dia, apatah lagi dalam keadaan Si Tampuk mendabik dada bermaharajalela hinggakan maruah Negara dijaja-jaja.


Tanpa Dia didalamnya…
Siapa lagi yang ada berkuasa diatas sana???
Sedang yang lain...
tiada semangat...tiada ingatan terhadap kita,
sibuk menghitung segala harta
seolah hidup mereka...
tiada penghujungnya.

Wednesday, 13 May 2015

1 Muslihat Di Bongkarkan



Damainya mereka dia dipenjarakan, hanya kedengaran sekelumit melolongkan, terlabuh tirai Si Polan maka dia dipinggirkan, esak... sendu... laungan tak dihiraukan, Si Perdana kepuasan menghitung kekuasaan.

Ghairah menikam kemenangan diraikan, terbayang sorakan pencapaian berpanjangan, sendawa kejayaan alpa keberkesanan, lenyap Si Polan kemelut 1MDB terburai tak terlindungkan.

Sentuhan kasih bertanya sayang, menatih Si Perdana agar Wawasan tak hilang, disangka didikan amalan berpanjangan, rupanya tersungkur dek tuntutan yang disayang.

Sahut bersahut mendabik kehadapan, melaung semboyan konon tangkis serangan, lenyap Etika maka Prinsip berterbangan, bermodalkan Tradisi sangka kukuh taruhan, semakin dilaung semakin parah keretakan.

Tradisi digenggam harus dilancarkan, celik kelopak fana penglihatan, mengumpul satria…strategi dibentangkan, bersedia menentang kerah segala kekuatan, mara mengempur Sang Ayahanda yang memberi “teguran”.

Yang diseberang senak perut tertawa berterusan, berbisik jelas agar jangan terlepas genggaman “biar mereka melatah tak terkesan, kita melihat mereka berberantakan, semakin hangat semakin kita beruntungan, sedang mereka saling bermusuhan, kita mengumpul buat bekalan, tiba waktu kita pula bentangkan”.

Masa kan tiba pembentukan Kerajaan, waktu itu apa nak dihairan, Rakyat dah yakin tak perlu penjelasan apatah lagi berfitnah-fitnahan, hakikat terserlah 1 Muslihat Di Bongkarkan, mana Sang Perdana Sayang, yang itulah dia Dahulukan. Dimana Pencapaian yang diwar-warkan??? Jelas dan nyata sekadar 1 lagi omong-omongan. Siapa kan berkuasa sama-samalah kita fikirkan.


"Mereka Berkeuntugan
Dikala Kamu Bertikaman"

Saturday, 18 April 2015

JANGAN, JANGAN & JANGAN MUDAH LUPA

“Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, airmata darah bercampur keringat…cinta lenyap diarus zaman.”

Bergenerasi mengorak dek dakapan DIA, wujud kemewahan dek kebijaksanaan DIA, tersergam mercu dunia dek kesungguhan DIA, hebat ideologi jelata dek cetusan DIA. Tercapai, tersedia dan lengkap segala, dengan sendirinya DIA menuruni takhta, bersulamkan harapan dan pesanan buat mereka, jangan sesekali MUDAH LUPA!!!

Resam bangsa pabila terhidang tersedia, menuai harta menuai kuasa, curah keringat terusan memperdaya, di Pandirkannya kita dengan selamba, lenyap ikrar hancur kesinambungannya, RAKYAT DIDAHULUKAN entah kemana.

Melatah melata bila ditanya, konon bangkit segenap pelusuk Negara, berpaksikan TRADISI alasan semata, berpusu pula penjilat kasutnya, berpencak kuntauan pertahan sang Perdana, laksana Si Luncai terjun dengan labunya, PRINSIP DAN ETIKA digadai entah dimana, melaung TRADISI bagai celik tapi buta hakikatnya, bukan hingusan bahkan pucuk kepimpinan mereka yang DAHULU JELAS KINI SEMAKIN KABUR SEGALANYA.

Mengorak langkah lagak perwira, hebatnya mereka lidah dihunuskannya, utara ditanya selatan jawapannya, bertegas SOGOKAN DAN HABUAN bukan jemari mereka, pelik juga…kenapa berkata tak semena? laksana KASIM BABA bertutur walau tak siapa yang menyentuh perihalnya.

Bagai SINETRON berderaian airmata, tika DIA meninggalkan takhta, bila dibilang memang tak lama, kini mencemar DIA mereka usahakannya, berdansa mereka rentak yang sama, kambus segala kejayaan dizamannya DIA, membongkar kepincangan…keaiban mereka semata, hanya kerna DIA BERTANYA, mereka lupa DIA diseterukannya, nahh!!! menepuk air didulang, semakin bersuara semakin hancur jadinya.

Pokok bergoyang jangan jadi taufannya, bila terbungkas tak mampu pejamkan mata, tiba padahnya parut terbuka, lunyai maruah lunyai segalanya.

Sokongan ahli jumlah tak seberapa jika dibanding RAKYAT yang berjuta, mereka memerhati tak ketinggalan bercerita akibat kamu menyingkap kain ke muka.

Wasiat DIA bukan pesan semata, wasiat DIA atas cintakan bangsa, ternyata kamu gagal memahaminya, buat sekian kalinya hayatilah wasiat DIA, kata DIA...

"MELAYU MUDAH LUPA!!!"

Friday, 6 February 2015

KEMELUT KITA KEKAYAAN MEREKA

Keadaan tenang tanpa kekusutan, suasana damai penuh kemakmuran, hidup berbilang kaum genggaman satu amalan, turun temurun menjalani kehidupan, tanpa silu mengikut turutan, tanpa cela penuh kerelaan, tanpa lumrah yang perlu dipertikaikan, pelbagai kategori terus laksanakan, pikul tanggungjawab tanpa paksaan, cekal harungi redha ketentuan.

Golongan bergaji hasil dibelanjakan, golongan peniaga untung digandakan, golongan usahawan bercurahan kekayaan, aku berpijak kamu junjungkan.

Bila hasutan mula menular maka kemakmuran pula tercemar, kemelut suasana menjadi hingar, pelbagai sudut mula melancar, bukan menenangkan bahkan semakin bingar.

Hinaan dan cercaan jadi hiasan, pada mereka hati dipuaskan, terus lupa nikmat kemakmuran tekanan demi tekanan terus dilaksanakan, penuhi hasat menjadi keutamaan, maka kehancuranlah yang amat diidamkan.

Hero Malaya tidak ketinggalan, pelbagai peringkat bangkit melolongkan, menghentak membentak mengertak diniatkan, Akta itu Akta ini terus dilaungkan, tiada tindakan membuktikan keberkesanan, tak sekelumit semuanya tinggal menjadi omong-omongan, sang hero tersenyum puas nama menjadi julangan.

Satu perayaan ke satu perayaan, segala sengketa tak sekilas diingatkan, hasutan terawang terus dibahukan namun kekayaan sekata ditempakan, tidak kita tidak dia melainkan mereka bergenerasi yang meraih tak bersempadan.



“SAMPAI BILAKAH DIRELAKAN
 MEREKA MENUAI KEUNTUNGAN
 DISEBALIK KITA BERBERANTAKAN???”

Wednesday, 28 January 2015

SENJATA BERSULAM KEPALSUAN

Bergema raugan kehancuran dek runtuhnya pencakar langit berkembar yang dibanggakan. Bertebaran aksi suci pejuang kemanusiaan berperanan diperlihatkan. Tiada lain hanya mereka bangsa pilihan seperti didakwakan, maka tiada kelibat walau seorang pabila kejadian dilaksanakan.

“God loves us” diungkapkan Yahudi jahannam, jika tidak manakan terlaksana secantik direncanakan, tiada yang kurang segalanya mengikut keinginan, tak syak lagi ISLAM lah selayaknya dipersalahkan.

Selembut sutera kelancaran tindakan, satu persatu Negara ISLAM ditumbangkan, jangan dirisau segala kutukan, hanya kata-kata yang tiada kesan tiada halangan, mereka tidakkan berganjak dari kerusi perbahasan, disanalah terkumpulnya harta kemewahan, kita mesra bersulam senjata tiada yang bangkit tinggalkan kepalsuan.


Berkembang sayap mereka megah penaklukan, bersandarkan tujahan mengharapkan kemenangan, penganut ISLAM mengutuk terus-terusan, mereka lupa senjata tak mengenal perbahasan, kehancuran tak sekelumit dapat dinokhtahkan, hunilah kamu dimeja rundingan, selama mana yang kamu idamkan, ISLAM halal dihancurkan itulah pegangan.

"KEMUSNAHAN DIJAYAKAN
DIKALA KAMU DIMEJA RUNDINGAN...
 SAMPAI BILA???"