Keadaan tenang tanpa kekusutan, suasana damai penuh kemakmuran, hidup berbilang kaum genggaman satu amalan, turun temurun menjalani kehidupan, tanpa silu mengikut
turutan, tanpa cela penuh kerelaan, tanpa lumrah yang perlu dipertikaikan, pelbagai kategori terus laksanakan, pikul tanggungjawab tanpa paksaan, cekal harungi redha ketentuan.
Golongan bergaji hasil dibelanjakan, golongan peniaga untung digandakan,
golongan usahawan bercurahan kekayaan, aku berpijak kamu junjungkan.
Bila hasutan mula menular
maka kemakmuran pula tercemar, kemelut suasana menjadi hingar, pelbagai sudut
mula melancar, bukan menenangkan bahkan semakin bingar.
Hinaan dan cercaan
jadi hiasan, pada mereka hati dipuaskan, terus lupa nikmat kemakmuran tekanan
demi tekanan terus dilaksanakan, penuhi hasat menjadi keutamaan, maka
kehancuranlah yang amat diidamkan.
Hero Malaya tidak
ketinggalan, pelbagai peringkat bangkit melolongkan, menghentak membentak
mengertak diniatkan, Akta itu Akta ini terus dilaungkan, tiada tindakan membuktikan
keberkesanan, tak sekelumit semuanya tinggal menjadi omong-omongan, sang hero
tersenyum puas nama menjadi julangan.
Satu perayaan ke satu
perayaan, segala sengketa tak sekilas diingatkan, hasutan terawang terus
dibahukan namun kekayaan sekata ditempakan, tidak kita tidak dia melainkan
mereka bergenerasi yang meraih tak bersempadan.
“SAMPAI
BILAKAH DIRELAKAN
MEREKA MENUAI KEUNTUNGAN
DISEBALIK KITA BERBERANTAKAN???”