Menarik bila
kita mengetahui sejarah sesuatu tempat, didalamnya penuh dengan pelbagai cerita
padat, jika rajin diteliti baru kita sedar ianya amat hebat, mampu dijiwai
sejarahnya buat kita sedar apa dan siapa sebenarnya bangsa merempat.
Ada waktunya
dalam bersembang bersama rakan, menjadi topik hangat bercerita sakan, masing-masing
mempunyai pendapat awang-awangan berhujah hingga tak daya disangkalkan, ada
yang berdasarkan bahan bacaan, tidak ketinggalan juga berdasarkan cerita rakyat
turunan dikalangan penduduk tempatan.
Itu ini begitu
dan begini, tak bosan mendengar tercuit juga hati, siapa bijak berhujah dialah
menjuarai, fakta benar atau auta hakikatnya…tak siapa yang mengadili, niatnya
sekadar cerita dikedai kopi atau dikalangannya nak kekalkan hidung
tinggi.
"Kota tu
sampai hari ni kukuh betul kan, kalaulah Melayu yang ada masa tu kukuh
berpaduan, pasti kota tu tak dijadikan sekadar bahan" terngiang kedegaran ungkapan seorang rakan, sambil
lalu terungkap ringkas secara spontan, yang paling pendiam ketika mereka berhujahan,
ringkas dan bersahaja tak sekelumit niat
nak menjadi johan.
Hmmm…tak
melayang tak melaut ringkas penuh berisi, Perang Saudara disebalik Kota terimbau kembali, kita terlalu sibuk tak berkesempatan menjiwai, padahal
perjalanannya setelah itu menghasil budaya kehidupan kita masa kini.
Ironik
sungguh zaman berzaman, wujudnya "Tek Cheng" ditengah perpecahan, seolah tiada
penghujung… sejarah diteruskan, kita bergolak kita berpecahan, mereka ketawa
“yamm seng” hingga kemengahan, mengumpul hasil meningkat kekayaan untuk
generasi mereka buat bekalan.
Yang tinggal hanyalah Lambang Kemegahan, tak sedar lebih dalam dari itu Kota itu Lambang Perpecahan yang diantaranya dipenuhi pengkianatan.
No comments:
Post a Comment