"Pemimpin bukan hanya sekadar bersih tetapi dia juga harus kelihatan bersih" itulah katanya amalan kepimpinan yang lama, nak terus bertanya, lebih baik niatnya dipadamkan sahaja kerna jika itupun tak faham hingga berpinau kepala, sahlah ke menara gading usaha yang sia-sia.
Begitulah orang lama, ringkas bersahaja namun padat nasihatnya, tak terbanding dengan generasi kita, berhujah berdentum bergetar semua yang ada namun logiknya sekadar satu lagi halua telinga.
Pentas ke pentas berbuih bercerita aksi songsang pemerintah sebelumnya dia, laksana manusia termulia dia dikalangan mereka, tak terduga bukan sekadar cerita mulut sahaja...video aksi dia dengan si dia laksana layar biru diperbentang melata...
Apa pula kata mereka???
Kata mereka bukan dia, kata mereka pelanduk dua serupa, kata mereka rekaan semata, terus lupa buih dia bercerita tentang lawannya, menafikan mudah sangat kerjanya, panggil saja sang serban berjela maka fatwalah konon dibentangkannya, "video sekadar gambar sahaja, bukan manusia" sang serban ghairah menyelamatkannya "tiada saksi tiadalah kesnya" hmmm...tak terfikir ada yang tergamak nak buat kerja macam dia bawa saksi ya???
Pelik...entah kategori apa pengikut mereka, tak faham perumpamaan terus Kak Listen dihina-hina, tak payah ditanya apa yang tak kena, dah tau jawapannya sebab bukan puak itulah ubatnya, segala jasa mendidik anak bangsa dibuang begitu sahaja.
"Tumbangkan kerajaan lama" kerajaan zalim kata mereka, dah tumbang...Khalid lah paling layak jadi Menterinya...tak habis dua penggal...Khalid pun zalim juga??? Bukan orang lain...kan puak mereka, terbongkar rahsia, Khalid rakyat didahulukannya bukan pemimpin mereka maka zalimlah dia, ditumbang juga hukumnya.
Puak pula bagaimana?
Owhh...yang guna toilet beraksi semata maka Menterilah dijadikannya, bersumpah bagai taat setia pada Raja dan Negara, selang sehari...pejuang LGBT dikerusi "advisor".
Apa pula seterusnya?
Dah "advisor" orang yang sama, niat nak "parking" isteri kat kerusi Menteri belum terlaksana, sementara nak habis penggal Selangor dapat lagi dua ke tiga Menteri Besar yang baru agaknya.

"SELANGOR OH SELANGOR"
No comments:
Post a Comment