Saturday 26 January 2013

TEGUH HILANG TUNJANG

"Teguh dimana tunjangnya, Utuh dimana asasnya, Kukuh dimana tumpangnya???"

Entah...bila menyentuh soal hukum Islam, sukar sangat nak terluah, bukan tak tahu tapi mungkin didikan awal dari rumah yang diberi walau bukan dari Al-Azhar sekalipun tetapi bila menyentuh soal hukum secara automatis menjadi terlalu berhati-hati. Kenapa?

"Jika berkata-kata tentang soal hukum agama, berhati-hatilah, berkata-katalah apabila kita benar-benar tahu jika tidak jangan disentuh nanti tanpa kita sedari kita menghalalkan yang haram, ingat jika diamalkan oleh si pendengar, dosanya kita tanggung sama". Pesanan ringkas ibu yang tak mudah dilupakan.

Mereka berlantangan dengan fatwa songsang sambil memikul pengikhtirafan dengan niat jangan disangkal. Dengan gubahan ayat versi sendiri padahal demam seram sejuk menggigil tubuh ketika Jibrail menyerah kepada junjungan kita. Berbekal sepotong ayat dengan pemahaman berdasar kemahuan mereka, Ustaz dan ustazah dianugerah bak menerima piala Oscar. Tahniah buat mereka 99 gambar Tuan Guru dan para Kiyai pada mereka hanya sekadar gambar hiasan dinding tidak lebih dan tidak kurang, kerna hari ini dunia maya terlahirnya berjuta Ustaz & Ustazah segera sesegera mummy cup  yang jika teringin dijamah tidak sukar.

Berbondong-bondong mereka bertakbir atas nama ALLAH, menjunjung General Perang mereka Penyembah Berhala sambil melancarkan panahan berapi tepat ke jantung saudara seislam atas bisikan Penyembah Anak Tuhan. Tidak aku tidak engkau malahan tidak dia maka merekalah yang berkeuntungan padahal KITA sesungguhnya berada didalam kerugian.

Berhentilah...berhentilah...berhentilah...sesungguhnya tiada syahid dalam berbunuhan sesama bertuhankan ALLAH yang Esa.

"DALAM KEALPAAN KEMENANGAN RENCAH
BERMULANYA SATU LAGI KEHANCURAN"

Thursday 24 January 2013

DENGARKANLAH

"Lihatlah damainya bukit penuh khazanah walau tiada sepatah ia berbicara...kasihan sang haiwan, bergaung menyalak umpama guruh dilangit, namun disentuh tetap haram"

Perumpamaan yang dipertontonkan selama 11 hari berlangsungnya "Fenomena Listen". Satu pihak pendokong kepalsuan, menghina Rakyat Malaysia dengan menyogok fakta songsang, meraih simpati dengan hasutan dan semaian kebencian terhadap seorang wanita suci hati yang diharapkan dengan demikian Rakyat Malaysia membenci Kerajaan yang berjasa kepada mereka dan nenek moyang mereka atas dasar keuntungan peribadi semata-mata.

Yang satu pihak lagi kekal berdiam walau diasak berjuta hinaan. Diam dan sunyi tidak berdetik, rupanya tidak kalah dan tidak patah walau wujudnya KAUM PENGHINA mengasak dengan pelbagai helah.

Yang mengasak datang bergerombolan bersama general-general besar Pakatan Pembangkang yang mengenggam kebencian terhadap Kerajaan berjasa. Yang diasak berdiam walau tidak bisu bersama utusan tentera semut merah mempertahankannya demi maruah dan segenggam persahabatan. Cintakan negara walau "Her grandfather fought for the Country and now she fight for the country but certain Leaders said now you pergi mati" beliau kekal Cintakan Negara mengajar tentera semut bersamanya untuk tidak menghukum mereka.

Masa berlalu hari berganti, berdiam disangka parah rupanya DIA berbahasa dengan paling indah. MEREKA...lebur bersama generalnya walau lelah bertakbir memohon Allah menyebelahi KAUM PENGHINA untuk menghancurkan jiwa suci pecinta Negara.

"No comment" mengganti "dimana hak bersuara" "dimana microphone ku" Aaaahhhh!!!!  benar macam mana pun fitnah tabiat ku. Kepangkal jalan kosong kantong ku, siapa pula nak menyuapku, dah hilang general nak berpatah balik aku maluuuuu....

"I forgive you" moga kamu perolehi masa depan tidak tercalar, saya kekal suci tidak tercemar walau berjuta datang mencabar, kerana kebenaran tidak pernah bercampur onar, diutusnya sahabat yang tidak gentar, mengenggam persaudaraan walau tak berbayar. Tinggallah kamu bersama geng nuar, laksana Adli dah tak berguna tercampak keluar.

Begitulah, kerana kuasa tak seberapa, mereka rakus pada semua, sanggup menggadai nyawa orang lain untuk seratus dua. Hidup tak sudah bergelumang dengan fitnah.


"TIDAK CUKUPKAH SAJIAN
 KEAMANAN & KEMAKMURAN
 HINGGA KEDAMAIAN SEJATI
 KAMU ABAIKAN"

Thursday 17 January 2013

LISTEN LISTEN LISTEN VIDEO PART 1

LISTEN LISTEN LISTEN...KAUM PENGHINA. Ya benar "Fenomena Listen" tercetus disebabkan seorang wanita yang tidak mempunyai jawatan penting dalam mana-mana Parti Politik Negara. Sharifah Zohra Jabeen satu nama yang terlalu asing pada kita sebelum tercetusnya Fenomena ini. Setakat ini dengan menggunakan video 24 minit bertajuk FORUM SUARA MAHASISWA PART 4, masyarakat dengan mudah diperkotak katikkan dan diheret bersama menjadi KAUM PENGHINA. Pakatan Rakyat ketawa besar atas kejayaan ini.

Hari ini kita dibekalkan video dari program yang sama bertajuk FORUM SUARA MAHASISWA PART 1, hanya bezanya tempoh video ini selama 3 jam. Perjalanan program dipertontonkan kepada masyarakat. Seharusnya masyarakat termasuk KAUM PENGHINA beri masa selama 3 jam bagi menilai kejadian sebenar dan jika Part 2 dan Part 3 dipertontonkan, beri lah masa agar penilaiaan bijak mampu dilaksanakan.

Patut atau tidak untuk menontonya, jika anda persoalkan, maka tiba masa anda berfikir patut atau tidak anda menghina Sharifah dan apa perasaan anda jika ibu anda di hina sepertimana anda menghina Sharifah. Anda jangan lupa Sharifah juga Ibu kepada anak-anaknya maka jika anda tidak mampu memikirkannya, YA SHARIFAH SEORANG IBU yang disanjungi oleh anak-anaknya dan anda menghina IBU mereka.

Jika anda tidak mampu memberi masa selama 3 jam untuk menonton video Part 1 seterusnya Part 2 & Part 3, sudah tiba masanya anda memulakan kebaikan kepada diri dan keluarga anda. Itu permulaan yang baik kerana jika anda mengenali Sharifah belum tentu anda mampu melakukan kebaikan sepertimana dia melakukan kebaikan kepada masyarakat.

KAUM PENGHINA dan berberapa Persatuan yang cuba jadi hero terus mendesak agar Sharifah memohon maaf kepada seorang Siswa yang telah berkelakuan biadap, cuba merosakkan majlis orang lain, SEDARLAH wahai KAUM PENGHINA jika Sharifah memenuhi desakan songsang anda, secara langsung masyarakat terpaksa menerima KELAKUAN BIADAP sebagai BUDAYA HALAL didalam masyarakat kita.

Terdapat juga berberapa Presiden persatuan yang tidak semena-mena mengeluarkan kenyataan yang jelas dan nyata untuk memburukkan lagi keadaan terutama memburukkan nama Sharifah, Pada presiden-presiden berkenaan, "Don't jump the gun" tiada sebab untuk Sharifah menggugat kedudukan kamu, usahalah bahawa anda lebih baik dari Sharifah dengan melakukan kebaikan kepada masyarakat dan negara, bukan sekadar mengadakan program syok sendiri. Jika ahli-ahli persoalkan ketelusan anda, selesaikan masaalah anda jangan burukkan Sharifah. 

KAUM PENGHINA...jika tidak berkemampuan duduk dengan tenang, tonton video Part 1 selama 3 jam dan masih gagal melihat kebaikan yang dilakukan oleh Sharifah, sedarlah FIKIRAN ANDA TELAH DIDOKTRINKAN oleh pihak yang berniat jahat terhadap Sharifah dan Negara.

"SELAMATKAN DIRI ANDA
DARI TERUS MENJADI
ANGGOTA KAUM PENGHINA"

Wednesday 16 January 2013

"LISTEN,LISTEN,LISTEN & LISTEN"

"Listen, Listen, Listen & Listen"...."No you listen mother ini zaman moden kami anak-anak ada hak kurang ajar with you kalau you tak percaya saya up-load dalam YouTube pasti KAUM PENGHINA DIMALAYSIA akan hina mak dengan pelbagai gelaran hina sehina-hinanya" Bavani dah buktikan la mak".

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan fenomena "LISTEN", dalam tempoh 6 hari video ini telah mencecah lebih 600 ribu pengunjung. didapati lebih kurang 1% menandakan "dislike" terhadap video ini dan mejoriti meluahkan kemarahan termasuk dengan kata-kata hinaan yang pada niatnya melemparkan kepada Sharifah Zohra Jabeen tanpa menyedari bahawa individu yang sanggup mengeluarkan kata-kata sebegitu sebenarnya adalah individu yang telah rosak akhlaknya.

Mejoriti melemparkan kata penghinaan tanpa menyedari bahawa video itu diberi tajuk FORUM MAHASISWA PART 4, yang secara logik akalnya pasti terdapat Part 1, Part 2 & Part 3. Tidak kira taraf, beradiologi politik haluan kiri mahupun haluan kanan, masyarakat penghina tidak menanti atau mengharapkan kesemua bahagian video ini sebelum menilai dan melemparkan penghinaan dan pendapat songsang mereka.

Dalam masa yang sama, masyarakat terus melupakan bahawa video ini mula diberi perhatian setelah Pakatan Rakyat menghadapi kegagalan menarik golongan Mahasiswa ke HKL112 baru-baru ini. Video ini telah di "up-load" sebulan yang lalu. MENGAPA??? selepas HKL112 video ini diberi perhatian penuh oleh Pakatan Rakyat.MENGAPA?

Masyarakat Penghina terus menenggelamkan :

Video Part 4 ini dimulakan dngan IKRAR Mahasiswa, MENYOKONG Keamanan, MENENTANG Demonstrasi Jalanan, MENENTANG Budaya Songsang dan sebagainya yang ternyata perbuatan nagetif menghancurkan masa depan Negara.

Kandungan video ini juga menunjukkan betapa Pelajar ini mewakili Mahasiswa dengan menunjukkan contoh "kurang ajar" terhadap orang dewasa. Beliau telah diberi peluang bersuara walaupun ketika sesi Q&A beliau tidak berbuat demikian dan sengaja menarik perhatian dengan menimbulkan kekecohan didalam program berkenaan ketika sesi penutup dilaksanakan. Adakah budaya ini yang ingin diterapkan oleh masyarakat penghina?

Yang menyedihkan apabila pihak berhaluan kanan  juga mengecam Sharifah Zohra walaupun dengan jelas beliau menyatakan dan disokong oleh peserta program bahawa Mahasiswa yang hadir gembira dengan segala yang telah diberi oleh Kerajaan terhadap mereka.

Dalam hal ini masyarakat penghina terus melupakan :

Usaha Sharifah Zohra menyelamatkan Negara dengan mendidik Mahasiswa agar mereka benar-benar memahami Hak Wanita, Hak Kanak-kanak & Mahasiswa sebagai rakyat Malaysia.

Mereka yang turut hadir lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, mengapa tiada usaha untuk mendapatkan maklumat yang sebenar sebelum mengecam dan mengancam keselamatan Sharifah Zohra dan keluarganya. Tidak kurang juga yang menumpang populariti dengan mengubah lagu, mengaut keuntungan dengan menggunakan dialog beliau dan mengeluarkan T-Shirt dan sebagainya. Mereka menghina sehina-hinanya dalam masa yang sama mengaut keuntungan dalam pelbagai bentuk. Memakan hasil penghinaan dan menjadi darah daging mereka dan keluarga mereka SIAPA KAH YANG HINA SEHINA-HINANYA DIMUKA BUMI INI???

Sedia maklum demi memenangi Pilihan Raya ke13, Pakatan Rakyat telah lama sanggup melakukan apa sahaja termasuk membenarkan penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain yang belum pasti lagi tergolong dalam Ahli Kitab, yang tidak mudah untuk difahami KENAPA penyokong UMNO turut mengecam Sharifah Zohrah dengan tanpa disedari menyokong PROPAGANDA PAKATAN RAKYAT??? MENGAPA Saudara Khairy Jamaluddin entah ada usul periksa atau tidak terus mengeluarkan kenyataan "This Jabeen ladies" (Untuk orang yang berpendidikan tinggi harus memahami bahawa kenyataan ini terlalu tidak beradab). Beliau atau "this Khairy guy" menyatakan tentang status Sharifah mungkin dengan niat mempertahankan BN hanya beliau sahaja yang memahaminya, jika telah berhubung dengan Sharifah Zohra mungkin itulah cara dia menunaikan hak bersuara.

Apa pun kepada mereka yang berkemampuan menjernihkan keadaan, jika benar insiden ini berkemampuan menyebabkan BN tewas pada PRU13 nanti laksanakanlah siasatan bongkarkanlah kebenaran sepertimana yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat walaupun tidak mempunyai maklumat yang sebenar, sekurang-kurangnya mereka turun kepadang hingga melawat ke rumah BAVANI.

"KOTA KITA TELAH LAMA RUNTUH
JANGAN IZINKAN KESOPANAN & KESUSILAAN
KITA RUNTUH"

Tuesday 8 January 2013

SAMPAIKAN, JANGAN LEKA SAYANG

Tidur ya esok ibu bawa anak-anak ibu melawat ke tempat yang paling istimewa. Kita nak pergi mana bu? tanya anak kecil yang tak mengerti apa-apa. 
Sambil melontarkan senyuman seolah puas dengan pertanyaan anak kecil, ibu memberi jawapan dengan tenang, usah risau esok anak-anak ibu bangun awal ibu ceritakan semuanya ya. Assalamualaikum...Mualaikumsalam bu.

Anak-anak ibu bangun, mandi ibu dah siapkan pakaian. Gedebas-gedebus bunyi dari bilik air, sekelip mata dah siap mandi. Ibu baju ni koyak nak pakai ke? Tak apa, biar baju buruk sekalipun, kita pakai kemas-kemas tetap nampak cantik, kata ibu. Ooooo...macam tu ya bu. Haaa..kan cantik anak-anak ibu.

Kita naik bas ni, kita nak pegi mana, kita nak buat apa, kita nak jalan-jalan ya bu? Hari ni kita nak pergi melawat tempat yang amat istimewa, Sambil berbisik...abang ibu kata apa? "Entah" kata Alang..."Ooooo..." sambut Utih, sunyi tak bunyi apa dari "Usu". Ibu kenapa tak bawa Along dengan Angah sekali? Sambil tersenyum... Along dengan Angah dah pernah pergi ikut rombongan sekolah. Tu dengan sekolah kenapa hari ni tak ikut bu? Sebolehnya ibu nak bawa semua tapi belum sampai rezekinya. Ooooo...kata Utih.

Wahhh!!! besarnya...macam Ultraman la Lang...nampak tak Lang...? Ya lah besarnya. Mari ibu kenalkan, semua ni memang Ultraman Malaysia, lebih hebat dari Ultraman pun, ibu nak anak-anak ibu tau walaupun kita tak kaya, sebab merekalah hidup kita tak susah lagi kata ibu. Ibu bercerita segalanya tentang tempat istimewa ini. Ayah menegur juga, dicerita pada anak-anak...sekolah pun belum, mana difahamnya sayang. Tak apa biarkan, suatu hari nanti pasti anak-anak kita faham abang. Abang ada duit tak? kita ambil gambar dengan anak-anak kat sini ya.

Kita nak kemana papa? Semua tempat kita dah pergi kan...hari ni papa nak bawa anak-anak papa ke tempat yang paling indah dan istimewa dalam Malaysia ni. Haa...kita dah sampai, cuba Along tengok kat sebelah kanan tu, Along nampak tak? kita cari parking kereta dulu ya, lepas tu kita masuk, kita berkenalan. Anak-anak papa jangan risau biar papa kenalkan pada mereka.

Along duduk sebelah papa, Angah mari papa pangku, dengar ya. 34 tahun dulu Atok dan Wan bawa papa kesini dan ditempat yang samalah papa ambil gambar Along dan Angah tadi. Semua yang anak-anak papa lihat hari ni, merekalah yang menyebabkan kita kecapi kesenangan, merekalah yang menyebabkan kita bebas dari ancaman, merekalah yang menyebabkan berlakunya segala kebaikan dan paling penting merekalah yang menyebabkan kita memiliki pilihan.

Dulu kita daif, kita dijajah, kita di belenggu dan kita hidup dalam ketakutan. Makanan pun tak pernah cukup, yang ada hanya pelbagai menu "ubi kayu". Hari ini, hampir segala yang ada dalam hidup kita, kita boleh kata "Ya" atau "Tidak", "Nak" atau "Tak Nak", "Setuju" atau "Bantah" dan lebih teruk lagi kita boleh kata "Tukar!!!"

Along tau tak? mereka hadiahkan kesenangan hidup kepada kita dengan memberi gelaran Balu kepada isteri-isteri mereka, mereka hadiahkan kebebasan hidup kepada kita dengan memberi gelaran anak-anak yatim kepada anak-anak mereka, mereka hadiahkan segala kebaikan hidup kepada kita dengan memberi kesedihan dan kepedihan kepada Ibu-ibu mereka. Mereka hadiahkan segala yang temampu kita kecapi hari ini dengan memberikan nyawa mereka. Mereka gadaikan segalanya demi mempertahankan Tanah Air yang tercinta dan demi anak bangsa yang Merdeka.

Papa tak mahu anak cucu papa dibelenggu dengan sejarah, sejarah adalah rujukan dan sejarah adalah pengajaran, itu papa tak nafikan. Apa yang papa mahu anak cucu papa menghargai segala yang ada pada hari ini, pelihara sebaiknya demi generasi yang akan datang.

Tiada jalan terbaik untuk memelihara warisan ini selain kenalilah mereka yang memimpin dan meneraju kita, selama mana mereka tidak berusaha mengadai negara, jangan berhenti berusaha memperbaiki kesilapan mereka. Jika ada yang menjanjikan bulan, bintang dan matahari, kajilah niat dan tujuan mereka, walau setinggi gunung mereka berbicara jangan sampai terpedaya. Hilang sekelip mata menyesal tidak akan pernah berguna.

Papa tahu, Angah tak faham apa yang papa katakan hari ini, tapi Angah jangan risau, papa percaya, tiba masa jika papa dah tak ada Along ada, Along akan sampaikan pesan papa ni pada Angah kan. Ya Along janji Along akan sampaikan pada Angah dan satu hari nanti Along akan sampaikan pada anak-anak Along...hehehe...Along ada anak-anak maknanya Papa dah jadi atok la kan hehehe... Atok encem..atok pun atok lah..

Alhamdulillah anak-anakku telah menerima warisan nenek moyangnya, semoga tiada anak-anak diluar sana yang tidak mengenali dan tidak pernah menjejakkan kaki ke Tugu Negara.

"SALAH SIAPA JIKA MEREKA TIDAK MENGETAHUI
BAHAWA MEREKA LAH PEWARISNYA"

Saturday 5 January 2013

DAULAT KITA MILIK MEREKA!!!

Kenangan datang lagi hmmm..tersongeh sorang bila teringat zaman kanak-kanak, celik mata kawan-kawan dah tunggu depan rumah, walau tak seindah suasana kampung, tapi bagi kami dimana kami berada disitulah keindahannya. Teringat ungkapan yang kerap diulangi oleh seorang teman "hak bermain hak kami!!!" hanya yang bijaksana yang mampu melihat bahawa ungkapan ini terlalu hebat, terpulanglah jika nak didebat.

Tapak permainan kami luar dari kebiasaan, tiba musin gelunsur, kotak buangan di deretan kedai hampir seluruh bandar jadi sasaran. Berpeluh kesana sini, penat tak pernah dirasai, selagi saiz yang diperlukan tidak ditemui. Siapa yang memiliki kotak "ais box" dialah paling hebat, dimata kami umpama memiliki sebuah pesawat. Geli hati pun ada bila dikenangkan ketika itu, kami bergerak berkumpulan yang paling tua umurnya 13 dan yang termuda lebih kurang 6 tahun. Ketika itu keselamatan tidak menjadi kebimbangan, walaupun tapak permainan kami seluas bandar ibarat tidak bersempadan.

Bangunan pentadbiran Majlis Perbandaran menjadi lokasi sasaran, yang pasti kumpulan kami tidak berminat untuk berurusan dengan pihak berkuasa tempatan, tetapi urusan kami adalah puncak bukit hinggalah ke kaki bukit berhampiran. Berbondong-bondonglah kami sambil mengusung kotak berkenaan. Tiba di puncak, sebelum menyusun kereta lumba, jet pejuang, kereta kebal, kereta bebal dan macam-macam lagi yang mampu dibayangkan oleh  kami ketika itu, sempat juga kami mengadap tulisan gergasi diatas puncak bukit "KLANG BANDAR DIRAJA" nasib baik ketua ada jika tidak,  kami tak mampu memahaminya, dah tersemat dijiwa jom kita mula acara.

"Dah sedia semua!!!!" teriak ketua kumpulan, kelam kabut semua walaupun bersaing sesama sendiri tapi bila ketua berteriak semuanya akur...tiada yang menentang arus itu lah kekuatan kami. "Seranggggg!!!!" semua yang ada meluncur laju ke arah kaki bukit...berkumandang pelbagai bunyi...ada yang menjerit makkkkkk!!!! ada yang ketawa sekuat hati tak berhenti..ada juga yang sunyi...tak berbunyi...walau apa riaksi yang dikeluarkan sebenarnya semuanya takut harungi situasi.

Mendarat sahaja dikaki bukit ketua pun mula mengira takut-takut ada yang tersangkut. Macam-macam gelagat, ada yang taubat tak nak lalui lagi, bagai nak menangis pun ada tapi bila ketua kata jom lagi dan lagi dan lagi tidak ada yang berhenti semuanya menuruti kerana kami yakin pada ketua kami, dia sentiasa melindungi. Seluas bandar dijadikan tapak permainan dah pelbagai perkara kami harungi, siapa lagi jika tidak dia yang melindungi dan kami masih disini.

Kenangan kami bersemadi dihati, tiada galang ganti, tapak permainan berubah rupa berubah suasana, seperti dahulu sememangnya tidak lagi

"SELAMAT DATANG KE LITTLE INDIA"
telah tiada
"KLANG BANDAR DIRAJA"
Semudah itu ya diserahkan
bandar berdaulat ini kepada mereka.