Thursday, 28 February 2013

TUMBANG DEK GAGAL DIPERTIMBANG...SOALNYA KENAPA???

Adakala terasa kasihan juga apabila dipertontonkan upacara meludah kelangit melekat ke muka mahupun upacara ludah kekaki jilat ke sendi.Begitulah keadaannya apabila manusia bertuhankan akal.

Suatu ketika bangkit seorang wanita dari berjuta wanita yang berdiam berpeluk tubuh melihat dan membiarkan Ambiga berusaha mengelirukan rakyat khususnya Islam dan Melayu yang nyata tidak gembira dengan kemakmuran Negara dibawah kepimpinan Islam. Soalnya kenapa?

Kebangkitan Sharifah Zohra Jabeen bergerak dari 1 universiti ke 1 universiti bersama teman-teman menyampaikan dan menerangkan hak wanita & kanak-kanak menjengkelkan Kepimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi apabila kegagalan HKR112 menampakkan mahasiswa tidak lagi memenuhi kawasan perhimpunan seperti himpunan telah lalu. Soalnya kenapa? 

Malu dengan kejatuhan penglibatan mahasiswa PR memilih SZJ sebagai kambing hitam. Dia bukanlah menduduki kerusi penting seperti Sharizat mahupun wanita pertama seperti Rosmah Mansor. Mungkin mereka menyedari kilang pengundi PR (Universiti) tidak lagi selamat buat mereka jika SZJ dibiarkan. Soalnya kenapa?

Semua kepimpinan dari Nurul Ezzah, Anwar malahan Nik Aziz bangkit menyokong Bawani tidak ketinggalan Khairy Jamaluddin & Saifuddin menyumbang kearah mengukuhkan misi serangan menghapuskan SZJ. Soalnya kenapa?

Sudah barang tentu dikerah Cybertroopers berbayar kekal dibayar tak kira berapa juta sekalipun yang penting serang SZJ dalam misi menyelamatkan kilang pengundi PR. Pelbagai tohmahan, kata hinaan, cacian, makian dilempar tanpa belas dan tanpa memikirkan hidup mati SZJ dan keluarganya. Soalnya kenapa?

Tidak cukup dengan serangan didunia maya maka dihantar 12 samseng kerumah menyerang seorang wanita. Tidak ketinggalan dengan kuasa yang ada, arahan "tikam" buat kepala keseluruh negara. Soalnya kenapa?

Dalam kekalutan menyelamatkan nyawa, maruah, harga diri & keluarga, dia terus keseorangan bertemankan sekumpulan sahabat yang tidak berkepentingan mahupun memiliki pengikhtirafan BN yang SZJ sendiri perjuangkan. Tidak kelihatan dia di pertahankan sepertimana Bawani yang diangkat oleh PR sebagai hero Mahasiswa hasil daripada kebijaksanaan PR menutup kebenaran dan meletakkan tohmahan sebagai santapan minda rakyat. Tidak dinafikan mereka bijak dalam menghancurkan negara tetapi dimana SZJ diletakkan dikalangan BN. Tidak kelihatan didada akhbar mahupun media elektronik satu persatu pemimpin BN bangkit mempertahankan dia. Soalnya kenapa?

Adakah BN mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa inilah balasan kepada mereka yang menyerahkan jiwa & raga berjuang untuk BN, jika ya jawapannya...
SOALNYA KENAPA???

"TIDAK ADAKAH DIKALANGAN KAMU
YANG MAMPU MELIHAT JASA YANG DITABURKAN
OLEH SHARIFAH DEMI UNTUK KAMU KEKAL MEMERINTAH"
SOALNYA KENAPA???

Saturday, 9 February 2013

DIBUANG TAK BERMAKNA TUMBANG

"Keluar pagi balik malam...adakala tak balik langsung...cari rezeki bawa pulang...buat orang yang tersayang....Oooooo...bersabarlah..."

Teringat nyanyian sahabat dengan terukir senyuman kelat bak mendam dah dihurungi lalat. Redha katanya yang penting selamat, Malaysia yang tersurat Tanah Melayu lah yang tersirat.


Dia menyaksi mereka bercanggah, bekerja bagai Negeri yang tak kalah, 8:30 pagi masih berlengah, 5:30 petang berlari tak sabar nak blah, 8:30 malam pula televisyen tak pernah gagal dijengah.

Pernah juga kedengaran suara pakar tak bertauliah, jangan bekerja melawan arah, ikutkan saja bertahun tak semenggah, nasihat seolah jangan dipeduli menang ke kalah yang penting jaga punch card jangan sampai ditukar merah.

Bila dilontar kaedah kemenangan untuk mereka ubah pandangan, dengan harapan jelas dan utuh pegangan, bertalu dia diperangi agar ambil ringan lantaran terlalu malas nak berjuang bergandingan, Mulut mereka mengukir perjuangan bahkan tingkah laku mereka tersasar bergelandangan.

Menitis air dialur mata, tak tertunai bila anak meminta, teruskan juga usaha walau tak berkuasa tetapi mereka...masih bersandiwara. Mereka berjawatan bagai sang kelembai, tak peduli suasana, si pejuang terus terusan ditibai, berceramah & bersyarah mengalahkan Pak Lebai padahal mereka tak lekang kekalahan dan dosa dilambai tergamak pula melapor si pejuang tak pandai.

Dah dilapor si pejuang tak tumbang juga, tak fikir lain fitnah pun tiba, yang diatas tak layak berfikir agaknya, buat siasatan bukannya lama, jatuh hukum sebar ke kawasan serta merta, segala jasa si pejuang dibuang begitu sahaja. Mewahnya dia si pejuang yang berjasa, kayanya dia si pejuang miskin juga, berkuasanya dia si pejuang cetek keluarga.

Dah dasar hati pejuang, cerita ceriti semua dibuang, terus usaha agar Negeri tidak lagi hilang tetapi mereka fitnah tidak berenggang. Usaha pejuang tetap tak hilang, usaha mereka terus terusan menyimpang, menghalang tak calang-calang, maruah pejuang di tendang-tendang.

Menitis lagi air dialur mata, bukan sekadar tak tertunai anak meminta, malah mengenang mentaliti mereka, aku berjuang mereka berniaga, dihujung bulan gaji mereka lantak juga, tikaman bertubi mereka tak lupa, sakitnya sangat tak terhingga, maruahku hidupku dihina-hina.

Hiduplah kalian dengan kedudukan, terus berniaga tak siapa halangkan, berhentilah berfitnah-fitnahan, yang diidam sekadar keduniaan, ambillah semahumu tidak pernahku hiraukan.

Selamat tinggal sang sandiwara, tinggallah kalian bersukaria, mengaut keuntungan bekerja sedikit lebih berniaga, menjamah  daging saudara seadanya, biarku miskin papa kedana yang pasti rezeki untuk keluargaku halal belaka.


"Perjuangan kan ku teruskan juga,
agar tidak terulang Sejarah Melaka
Mereka bagaimana???"



Friday, 1 February 2013

"ANJING MENYALAK BUKIT"

Bertenanglah wahai anak gadis jangan dilupa didikan dari serendah didikan hingga setinggi-tingginya ajaran, benih Kesopanan dan Kesusilaan telah lama disemai dalam jiwa, matikah benih itu atau kamu izinkan mereka musnahkannya?

Tidakkah mengerti kamu "Walau bergaung menyalak umpama guruh dilangit, namun disentuh haiwan itu tetap haram". Perumpamaan mudah difahami walau sekadar tamat tingkatan lima tidak ke IPT namun jika kamu masih tidak memahami izinkanlah si dewasa menemani agar cukup ilmu sebelum meneruskan perjuangan abadi.

Untungnya kamu walau mati musnah benih dijiwa, si dewasa masih berjabat tangan memberi penghormatan seadanya, untungnya kamu walau biadab dicerna, si dewasa bertenang bersabar memberikan contohnya, untungnya kamu walau terus menghina, si dewasa terus terusan memaafkannya dan untungnya kamu walau terus mencaci mencuba si dewasa masih mampu memikirkan bahawa kamu begitu kerana mereka.

Warna kulit mu tidak pernah di pertikaikan, warna kaum mu tidak pernah di sisihkan, warna agama mu tidak pernah di masaalahkan tetapi warna akhlakmu amatlah diutamakan. Putih warnanya maka putihlah layanannya akan tetapi jika hitam warnanya, dilupakan kamu selayaknya.

Mereka gunakan kamu demi kepentingan semata, di mana Adli setelah puas memerah keringat dia, kamu bangga kepentas ditakbirkannya tetapi tiba tamat tempoh dan kamu kelihatan tak berguna, masa depan kamu jadi entah apa-apa, tinggallah kamu berlelah mencari kehidupan seadanya.

Dengarlah kata si dewasa yang kamu hina, kamu keanakan yang cuba mendewasa sebelum tempohnya, walhal si dewasa wanita telah sekian lama. Tidak hari ini, esok kamu patah juga, jangan sampai ketika itu baru kamu sedar di sekeliling tiada siapa tetapi si dewasa telah terbukti tanpa di suapkan wang ringgit, sahabat-sahabat kekal taat bersama dia.

"Sanggupkah kita jika berlaku perkara yang sama
terhadap anak kita???"