Teringat kisah silam apabila anak-anak pulang dari sekolah berlari kerumah secepat mungkin sebab tak sabar nak sampaikan berita gembira. Ibu dan Ayah pun teramatlah berbesar hati, panggil sanak saudara, sahabat handai keliling kampung sempena kecemerlangan anak mereka dalam bidang pelajaran. Selang berberapa bulan, kenduri lagi, dengan bangganya sampaikan berita "anak aku kerja gomen". Bila ditanya macam mana boleh dapat? "Anak aku pandai, dia lulus SPM pangkat 3".
Berubah zaman, berulang peristiwa tetapi jawapanya "Anak aku cemerlang, baru sahaja dapat Diploma". Berubah zaman, berulang lagi peristiwa, jawapannya "Anak aku cemerlang, baru sahaja lulus Ijazah" begitulah seterusnya.
Zaman berubah pencapaian juga berubah, kualiti kebanggaan juga berubah. Dahulunya nak pegang keyboard pun mengigil tidak ada keyakinan sebab tidak ada pengetahuan, jika was-was dengan penulisan saya, tanyalah pakcik dan makcik disekeliling masih ada lagi yang kekal begitu. Hari ini teknologi berkembang dengan pesat, pelbagai kaedah dan apa sahaja dihujung jari. Jika nak dikira tempoh perubahan dan pencapaian kita berbanding sebelum Merdeka tidaklah terlalu lama sangat.
Dengan segala perubahan yang kita kecapi, seharusnya hari ini kita menjadi bangsa yang maju dan boleh lah dikatakan bijak pandai. Malangnya ianya tidak begitu, hari ini hampir setiap hari kita dapat melihat kelahiran puak-puak yang menghina Agama,Bangsa & Negara. Mereka dengan bangganya menghina Raja-raja yang sepatutnya mereka maklum, itulah lambang kekuatan malahan lebih dari itu, itulah tali ikatan kekuatan bangsa kita. Jika kita dikalangan mereka yang celik IT, setiap hari kita diperlihatkan betapa fatwa songsang yang menghalalkan cara semata-mata tanpa memikirkan tindakan mereka melahirkan pemberontakan minda dan fizikal. Setiap hari pemimpin dimaki hamun padahal tidakkah mereka melihat kemakmuran yang telah kita kecapi.
Tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan mereka yang mendakwa diri sebagai pejuang keamanan. Yang jelas kebodohannya adalah, mereka gagal melihat kewujudan merekalah maka wujudnya huru-hara di Negara yang aman dan damai ini.
Puak ikut membabibuta, puak ikut keseronokan kerana dapat membebaskan kebuasan dalam diri, (dalam rahsia) puak ikut sebab "bayarannya bagus ya pak nuwar" bersatu kononnya menuntut hak dan ingin bebas dari yang didakwa penindasan oleh kerajaan walaupun dalam keadaan datangnya dengan pelbagai kenderaan yang berkenan di hati, menuntut itu dan ini tetapi tidak menyedari bahawa hak mereka yang ditangan dibuang, diabai dan musnah begitu sahaja, jika mereka sedar mustahil mereka sanggup meletakkan anak-anak kecil di tengah-tengah rusuhan hanya kerana dijanjikan syurga. Yang memberi janji pun belum tentu bukan ahli neraka disana kelak.
Yang kelakarnya "Derma anda adalah Jihad" "Derma anda adalah Jihad" & "Derma anda adalah Jihad", best betul jika hari-hari kita masukkan sepuluh sen dalam tabung syurga, kita tak perlu risau tentang alam syurga & neraka sebab hari-hari kita dah berjihad kalau tak percaya tanyalah Ulamak Jihad tu, tapi sebolehnya tanya lah, "Jihad sepuluh sen dapat syurga level berapa?"
Mereka mendidik rakyat dengan unsur pemberontakan dan keganasan. Mereka mengeluarkan fatwa menghalalkan penghinaan, pengaiban & penaburan fitnah untuk mendapatkan kuasa memerintah negara. Tak dinafikan mereka telah berjaya membuktikan bahawa golongan ini semakin giat bertambah & berada diseluruh negara. Tak terfikirkah bahawa suatu hari nanti pemberontakan yang mereka fikir mampu membantu mereka menakluki Putrajaya akan diterima sebagai budaya yang wajar diamalkan seterusnya diwarisi turun temurun. Tak terfikirkah pemberontakan hanya akan membantu mereka tetapi mereka tidak akan mampu menghentikannya. Negara-negara yang berjaya mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah pemberontakan sehingga hari ini tidak aman & damai seperti Malaysia. Sebenarnya puak-puak yang mengaku pejuang sebeginilah yang menghuru harakan Malaysia.

"MAKMURKAH KITA APABILA PEMBERONTAKAN DIBUDAYAKAN?"
1 comment:
satu perkara yang dikeji dalam islam ialah mengambil kesempatan atas yang lemah...atau memperbodohkan mereka yang merasa diri mereka itu pandai...tapi sebaliknya yang memperbodohkan itulah yang sebenar benarnya bodoh....
Post a Comment