Tuesday, 27 November 2012

TERUSLAH BERSENDIWARA

Tak sekali perjumpaan gilang gemilang  gagal berlangsung, mereka datang tanpa perlu di usung, segenap pelusuk berduyun mengendung, membayang hasil memenuhi tabung... 

Hmmm..bukan mudah untuk meletakkan diri masing-masing disini, setelah dua tiga kerat hari berjuang mempromosi sana dan sini, menang bertanding dan tak kurang juga yang menang berkompromi. Tak kisahlah bagaimana caranya, skali pun halal atau sebaliknya yang pasti aku disini.

Puas bertatih dihadapan cermin, hari ini hebat tersiar di merata skrin, lantang bersuara bergema mengalahkan siren, membakar semangat semua yang bersama walau hakikatnya jalan tak seiring malahan mimpi lain-lain.

Lebih hebat yang berdebat di meja makan sambil rokok tak putus melekap ditangan, sedang yang diikhtiraf membara melaungkan kata hikmat didalam dewan, mereka seirama terbahak diluar berkawan kawanan.

Meremang pada siapa sahaja yang terniat hendak menduga, melihat mereka seolah 1 suara, bergelombang lautan manusia, segak berpakaian dilihat segalanya serupa. Tahniah pada mereka yang berjaya memperlihatkan seolah tiada siapa yang mampu menggoyahkannya.

Tersenyum kita melihat mereka, sampai bilakah mampu terus bersendiwara, hakikatnya kapal semakin hampir di penghujung hayatnya, terlalu berat yang menumpangnya walhal badannya dah tak bermaya. Indah perkhabaran dari yang dipercaya, kasihan si Nakhoda anak kapal berhibur tipu daya, asal kantong tidak kekosongan isinya.

Tersenyum kita bukan sengaja, telah puas melihat telatah mereka, alangkah nikmatnya jika sisegak yang melata, berpakaian indah setelah puas berusaha, berkorban demi Negara tercinta, apakan daya tidak bagi mereka.

Puas juga nak si Nakhoda bangun dari lena, bak kata orang lama kail sejengkal jangan mencuba, Nakhoda takkan mahu memahaminya mungkin takut kehilangan mimpi syurga. Habis uwang berjuta ditaburinya soal impak jangan ditanya sebab Tok Dalang sentiasa bersedia, dipetik jari terhidang kisah indah belaka.

Teruslah bersendiwara hanya dah tergadai semua jangan pula bertanya. Hebat entah kemana, produk mereka dari kilang kita (IPTA/IPTS) tak pernah terlupa. Mereka lebih bijak berkira-kira, 13 mungkin tiada tetapi 14 & 15 akan dipastikannya.

Sejarah dah tercipta, 1999 mereka ditertawa, 2004 dah hampir tapi peduli apa, 2008 5 Negeri Utama...13 esok apa pula ye???

"TERUSLAH BERSENDIWARA"

No comments: